Monday, May 18, 2009

Kemelut Perak hanya selesai melalui pilihanraya semula

Krisis DUN Perak diikuti dengan pelbagai isu sampingan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi tempohari menunjukkan krisis ini adalah satu krisis perundangan yang dipolitikkan, bukan isu politik yang diperundang-undangkan.

Penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan kemelut Perak ialah untuk mengadakan pilihan raya DUN semula untuk mengembalikan pilihan kepada rakyat Perak untuk menentukan kerajaan yang sah dari segi undang- undang negeri.

Kemelut Perak, dimana Tun Mahathir mengatakan pihak Barisan Nasional bertindak dengan “terlalu gopoh’ dengan meminta Sultan Perak untuk mengosongkan jawatan Menteri Besar Perak yang dipegang oleh Datuk Nizar, untuk memberi laluan kepada pihak Barisan Nasional untuk melantik Datuk Zambry, selaku Menteri Besar untuk kerajaan BN.
Sila rujuk artikel di bawah:

Perak turmoil due to ‘rash’ decisions by Barisan

Former Prime Minister Dr Mahathir Mohamad said the political turmoil in Perak was the result of “rash” decisions undertaken by the Barisan Nasional to wrest the state from Pakatan Rakyat.

“The problems you see in Perak are because (BN) took some wrong steps. They should have asked the AG (attorney-general) on what is said in the law, then there would have been no problems.

“But because they didn’t follow the law, now there are all sorts of problems,” he said to a question during his lecture today on “Democracy and the Future Leadership of Malaysia”, organised by the Former People’s Representatives Council (Mubarak), at the Tun Hussien Onn Memorial in Kuala Lumpur.

Elaborating, Mahathir said that BN was “terlalu gopoh (too rash)” by not waiting for a state assembly sitting to rid Mohd Nizar Jamaluddin as menteri besar through a vote of no confidence.

“Instead, they asked the sultan to throw out the menteri besar. Some say that the Perak laws allow this, but to my knowledge, this is not the case. Nor does the Federal Constitution (allow this),” he said.

Resulting from this, Mahathir said that it was no surprise that Mohd Nizar and his cohorts refused to heed the sultan’s directive, thus setting off a chain reaction of lawsuits.

Mahathir, who clipped the powers of the royals during his reign as prime minister, also displayed disdain for royal intervention in Perak.
“This is also dangerous – if the sultan can get rid of a menteri besar or the Agong can get rid of the prime minister – susah kita (we’ll be in trouble).
“They (the rulers) have other interests. They don’t have our political interests in mind,” he said.

At a press conference later, Mahathir did not give a direct answer when asked if he meant that the BN takeover of Perak was unlawful.
“It is up to the legal people to decide. What I do know is that for a menteri besar to be removed, it is through a vote of no-confidence (in the state assembly),” he said.

Pelbagai pihak juga mengatakan tanpa syak, kemelut Perak ini secara langsung menidakkan peruntukan perundangan yang termaktub di dalam Perlembagaan, dimana secara tidak langsung memberi satu penghakisan keyakinan kepada rakyat mengenai sistem perundangan, sistem demokrasi dan sistem monarki berparlimen negara kita.
Selepas mengambilalih DUN Perak tidak secara peruntukan undang- undang, BN juga telah mengambilalih jawatan speaker DUN secara paksa, walaupun secara terangan speaker yang terdahulu ialah speaker yang sah. Juga, cara dan perlaksanaan untuk perlantikan speaker baru untuk mengantikan speaker lama tidak dilakukan berdasarkan prosedur yang termaktub.

Malahan perbalahan fizikal di DUN Perak tempohari begitu mengejutkan saya kerana tidak pernah saya menjangkakan kelaziman yang selalunya berlaku di Taiwan kini berlaku di tanahair kita. Tidak untuk menyebelahi sesiapa, tetapi perlakuan tersebut menunjukkan ahli DUN Perak samada BN atau Pakatan, tidak kurang perlakuan seperti monyet berebutkan pisang.

Kemelut ini yang kini berada di Mahkamah Rayuan untuk mendengar rayuan pihak BN untuk menghalang keputusan Mahkamah Tinggi yang telah mengesahkan jawatan Menteri Besar Perak ialah kepunyaan Datuk Nizar. Walaubagaimanapun, DS Najib selaku Perdana Menteri telah mengadakan kenyataan akhbar tidak menolak untuk mengadakan perbincangan sejurus selepas keputusan Mahkamah Rayuan diputuskan kelak.

Isu yang lebih penting, mengapakah pihak BN hanya mahu berunding dengan pihak Pakatan sejurus selepas keputusan Mahkamah Rayuan diputuskan? Apakah pihak BN akan mengotakan janji untuk berunding sekiranya keputusan Mahkamah Rayuan menyebelahi BN?
Adakah ini adalah satu helah untuk memastikan BN sentiasa berada di dalam keadaan berpeluang untuk berunding sekiranya keputusan mahkamah tidak menyebelahi BN? Adakah pelawaan perundingan ini bukan sebenarnya untuk kebaikan rakyat Perak tetapi survival politik BN di Perak?

Sekiranya perundigna ingin diadakan, ia perlu diadakan sekarang, Dan permohonan rayuan boleh ditarik balik dengan persetujuan kedua-dua belah pihak. Saya bersetuju dengan kenyataan Tengku Razaleigh www.razaleigh.com dan saya secara peribadi berpendapat, kemelut ini hanya boleh diselesaikan oleh rakyat Perak melalui pilihanraya semula.

Kegagalan pihak BN untuk menyakinkan rakyat Perak sekarang sekiranya bertindak untuk tidak membubarkan DUN untuk mengadakan pilihanraya semula akan menjadi satu “precedent” kepada keseluruhan rakyat Malaysia dan secara langsung akan lebih melemahkan UMNO dan BN secara amnya. Ketidakmahuan untuk mengadakan pilihanraya semula memperlihatkan seolah pihak BN takut kekalahan sekiranya ia diadakan semula.
Adakah kita bersedia untuk menjadi pembangkang sejurus selepas pilihanraya ke13? Ini persoalan yang perlu kita hayati dan selami.

20 comments:

  1. Whatever the outcome in this Perak fiasco,
    BN will never want to go to the people...
    Never. UMNO knows too well the people have forsaken them.

    That is why it makes NO SENSE why BN should want to go for fresh polls.
    They already know the outcome of the people's verdict.

    At this moment BN claims they have the majority,
    that is with the help of 3 independent frogs...they hold the state hostage.
    BN has 28 seats and PR also 28 seats. This is impasse.
    The 3 frogs break the deadlock by declaring themselves to be BN friendly...
    They are not joining BN for obvious reason...BN does not want them either to stain their image.

    Umno wants to have emergency sitting,
    they want to vote no-confidence on Nizar...
    That is funny, how to vote no-confidence when they don't accept Nizar as MB.
    So this is mind boggling---what do you do???

    Even if 28 BN + 3 BN friendlies insist on the vote in the dewan...
    Even if ultimately the house decides Zambry as MB...
    The big question is still the people's verdict...

    That is what democracy is all about...
    Not just majority in the house...technically you can have one with 3 frogs...

    But the people give power to the government.

    That is something Najib does not have at this moment...
    Hoping 3 years he can buy the state with more promises of development and goodies.
    Remember this money belongs to the people in the first place - tax payers money.

    Election now, or later...
    Okay, you want to exhaust all legal avenues.
    No problem, the political parties can play the game while the people will wait out.
    Now or later, election every 5 years.

    Then Umno will have real tough time to woo the people's hearts after hurting the people's feeling with all this dragging lawsuits.

    It is wrong to fight on legality grounds,
    and ignore the feelings of the masses.

    ReplyDelete
  2. Najib is very confident in the courts to give it a victory over the Perak crisis. The appeal court demonstrated it recently.


    https://maidoali.wordpress.com

    ReplyDelete
  3. Rakyat begitu muak sekali terhadap BN/UMNO. Terus buat lagi. Nanti kita hentam keromong bila sampai PRU13. Tengok kuasa siapa lebih besak. Rakyat ke BN !

    ReplyDelete
  4. Pemimpin MCA dan PAS pun bersetuju pilihanraya semula adalah cara terbaik.

    Kini, 2 Chua (bapak dan anak), Husam Musa, Kuli, Dato Kadar pun menyokong pilihanraya semula.

    Rakyat yang akan menentukan..

    ReplyDelete
  5. Dr. Chua is absolutely right in his view. So is Tengku Razaleigh who has spoken loud and clear that fresh elections is the ony solution to this impasse. But these are nothing more than private and personal views of these individuals and not necessarily those of the party they belong to. And then what sort of power or influence do they wield? PM Najib , for one does not seem to think so. So where does this take us? Not very far!

    ReplyDelete
  6. saya tak peduli sapa yg menang dlm undi tidak percaya. yg perlu ialah pilihnraya semula di perak

    ReplyDelete
  7. Dengar khbar BN kini berat belah utk mengadakan pilihanraya semula. apa2xpun kalo buat annoucement baru boleh percaya, sejak bila UMNO ada dgr pendapat ahli apatah lagi pendapat rakyat?

    ReplyDelete
  8. MAri kita lihat samada BN akan bersetuju utk pilihanraya semula. Kembalikan kuasa rakyat..

    ReplyDelete
  9. Najib yang mulakan keganasan ini dan bagaimanakah akhirnya.......?

    ReplyDelete
  10. Perak adalah satu aset yg kini menjadi liabiliti kepada BN. piliharaya semula akan menentu samada Perak adalah aset kepada BN atau tidak..

    ReplyDelete
  11. buat kempen SAY YES TO PILIHANRAYA SEMULA!!!

    ReplyDelete
  12. pergi mampos la kau kadar...

    ReplyDelete
  13. tengk muka pun dah tahu suka minum arak.

    ReplyDelete
  14. Dato u better write a book lah u ada bakat menulis. rencana yang u tulis pun ok. bagi ahli umno yang tak ada internet atau buta i.t baca. good luck dato- ikhlas dari ahli umno.

    ReplyDelete
  15. Datok isu penting ahli uno penakut nak ckp enda yang betul tengok macam kapten zahar dulu cakap kena pecat.susah sebab ada kepentingan. bukan seua berani macam dato.

    ReplyDelete
  16. keep on wiritting dato.. memang sukar untuk berkata tentang kebenaran.

    ReplyDelete
  17. datuk,

    mahkamah dah putuskan zambry (bukan camry) ialah mb yg sah. secara itu adakah perlu adakan pilihanraya semula?

    ReplyDelete
  18. apa pilihanraya semula terima la keputusan mahkamah. bodo punya pakatan

    ReplyDelete
  19. bubar ja DUN Perak kalo nak tao BN itu kuat atau lemah..

    ReplyDelete
  20. Dato,

    Nampaknya kalo UMNO/BN tidakberubah, baik kita bersiap sedia utk menyertai PKR.

    Siapa yg akan membela nasib Melayu kalo UMNO pun dok bela nasib depa saja.

    ReplyDelete