Monday, May 11, 2009

Kabinet bukan pilihan Najib?

Saya ingin memohon maaf kepada pembaca kerana tidak menulis sekian lama, Ini adalah kerana saya mengambil pendekatan untuk memberikan ruang dan peluang kepada DS Najib Tun razak untuk menubuhkan kabinet baru dan melihat perubahan-perubahan yang akan beliau lakukan.

Selepas saya melakukan penelitian secara mendalam dan melihat serta mendengar pandangan umum melalui rakan-rakan dan rakyat serta ahli umno di peringkat akar umbi, saya masih tertanya-tanya apakah perubahan yang sebenarnya yang telah di lakukan oleh DS Najib Bin Tun Razak? Bagi saya hampir tiada sebarang perubahan yang di lakukan oleh beliau.

Berbalik kepada isu pokok iaitu rakyat mengharapkan perubahan, akan tetapi dari pemerhatian saya tiada perubahan besar yang berlaku dan saya melihat DS Najib akan menghadapi masalah yang sama dengan Pak Lah iaitu peranan orang-orang di kiri dan kanan mereka akan menjadi punca kepada kejatuhan mereka.
Saya mempunyai keyakinan yang tinggi DS Najib akan melakukan kesilapan yang hamper sama dengan Pak Lah sekiranya masih mengharapkan mereka-mereka yang hanya mementingkan diri sendiri dan mempunyai agenda-agenda peribadi untuk mempengaruhi pemerintahan beliau.

Saya ingin mengajak pembaca untuk menilai perlantikan Kabinet dan Ahli Majlis Tertinggi Parti, apa relevan nya individu-individu seperti Nazri Aziz, Ismail Sabri, Rais Yatim di lantik ke Kabinet? Ada dikalangan mereka ini yang sudah perlu di berikan rehat yang secukupnya untuk bersama keluarga dan telah berada terlalu lama di dalam kabinet.

Harus di ingat Umno terlalu berbangga dengan jumlah keahlian yang hamper tiga juta tetapi tiadakah mereka-mereka yang berkelayakan di kalangan 3 juta orang ahli ini untuk mengisi tempat-tempat kosong dalam kebinat yang di katakan amat-amat memerlukan perubahan dalam konteks untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang .
Berulang kali telah saya nyatakan bahawa perubahan amat-amat perlu di lakukan untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional memperoleh kemenangan dalam pilihanraya akan datang. Apa yang di lakukan oleh DS Najib pada pandangan mata kasar saya hanya akan menjerumuskan lagi Umno ke lembah kehancuran.Harus di ingat pemerhatian bukan hanya di buat oleh saya, seluruh mata rakyat sedang memerhatikan dan mengharapkan perubahan yang di war-war kan.
Dalam pemilihan parti yang lepas begitu ramai yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi Parti, dan Alhamdulillah segalanya telah selesai, tetapi harus di ingat jutaan ringgit (mungkin ratusan) telah di gunakan , memang persidangan telah selesai tetapi adakah perasaan terguris hati, dengki mendengki, iri hati yang timbul dari dari pemilihan dan perlantikan yang telah di lakukan telah selesai?.

Ramai antara mereka yang kalah atau tidak langsung bertanding dalam pemilihan telah di berikan tempat dalam kabinet ini pasti akan mengguris perasaan mereka-mereka yang menang atau sekurang-kurang mereka-mereka yang cukup pencalonan dan telah bertanding pasti akan terasa dengan perlantikan yang telah di lakukan.

Adalah lebih baik Ahli Majlis Teringgi Parti tidak di pertandingkan kerana ia lebih banyak mendatangkan kerosakkan. Kabinet yang ada seharusnya mencontohi tindakan Dato Shahril Samad yang meletak jawatan sebagai menteri apabila perdana menteri meletak jawatan ini bagi saya adalah tindakan yang cukup gentleman.
Saya ingin ingin mengulas beberapa perkara dalam perlantikan yang telah di lakukan. Antaranya perlantikan TS Rafidah Aziz sebagai Ali Majlis tertinggi parti sedangkan ada lagi nama-nama seperti Datuk Halimah Saddique atau mereka-mereka dari Puteri Umno yang lebih berkelayakan. Mengapa TS Rafidah masih dikekalkan , belum pun lagi Shahrizat menarik nafas lega dengan kemenangan sebagai ketua wanita dan kini lawannya pula di lantik untuk berada di pentas yang sama dengannya. Umum mengetahui yang mereka telah di laga-lagakan dalam satu petempuran yang hebat dalam pemilihan yang lalu dan kini Rafidah masih di kekalkan.

Tindakan ini seolah-olah mahu memberikan talian hayat kepada Rafidah untuk menentang Shahrizad, ini juga seolah-olah memperlihatkan yang DS Najib Tidak percaya dengan kemampuan Shahrizad untuk mengepalai Wanita.Timbul persoalan di fikiran saya adakah perlantikan rafidah adalah kerana beliau mengetahui banyak rahsia sehingga beliau perlu di kekalkan?

Banyak juga isu yang timbul berikutan dari perlantikan yang telah di buat dari pihak pemuda, Ketua Pemuda yang di pilih secara majority oleh perwakilan Pemuda tidak di lantik untuk menganggotai kabinet.Kita harus memandang secara kolektif isu ini apabila Naib Ketua Pemuda di pilih sebagai timbalan menteri manakala orang yang kalah menentang jawatan Ketua Pemuda juga di pilih sebagai Timbalan Menteri.
Memang betul DS Najib tidak perlu memilih Khairy Jamaludin menganggotai kabinet tetapi harus di ingat sedikit sebanyak isu ini akan membawa rakyat melihat yang wujudnya krisis dalaman dalam UMNO.

Apakah logika pemilihan Tan Sri Koh Soh Koon sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri? Beliau selaku Presiden Gerakan, parti komponen BN yang kalah di Pulau Pinang dan parti Gerakan lah yang melaung – laungkan isu meritokrasi, sekiranya mengikut meritokrasi, tidak patut beliau dilantik menjadi Menteri kerana Gerakan ialah parti komponen yang tidak popular.

Kalau sekiranya ingin mereka yang lebih berpengalaman mengapa tidak Tengku Razaleigh Hamzah di pilih? Beliau berkemampuan dengan puluhan tahun pengalaman dari segi poltik dan pengurusan. Beliau jugalah pengasas pelbagai syarikat – syarikat kerajaan seprti Petronas, Bank Bumiputera dan PERNAS. Beliau jugak tidak mempunyai baggage yang besar di kareer politik beliau. Tidak seperti kebanyakan pemimpin UMNO lain.
Bagi saya kabinet dan MT yang ada tidak lebih hanya seperti badut kerana gagal bersuara atau sekurang-kurangnya menyuarakan pandangan mereka kepada DS Najib.
Mengapakah pula TS Ali Rustam masih dikekalkan sebagai Ketua Menteri Melaka walaupun secara terangan beliau didapati bersalah atasan tuduhan politik wang ketika pemilihan agung UMNO? Ini tidak menunjukkan perubahan yang DS Najib lakukan adalah benar dan hanya sebagai wayang sahaja.

Perlantikan Mukhriz di lihat seperti seolah-olah DS Najib masih mengikut telunjuk Tun Mahathir, masih bergantung kepada Tun Mahathir dan seolah perlantikan Mukhriz ke kabinat adalah untuk menjaga hati Tun Mahathir. Bagi saya DS Najib perlu mengambil pendekatan tidak melantik sesiapa di kalangan Pemuda menganggotai Kabinet untuk memastikan tiada sebarang salah faham atau krisis timbul.Bagaimana dengan perasaan penyokong-penyokong Khairi Jamaludin apabila beliau tidak di lantik menganggotai kabinet? Adakah DS Najib memikirkan maruah Khairy Jamaludin sebagai Ketua Pemuda? Beliau di hina dan di ketawakan.Ingin saya tekankan di sini yang Khairy Jamaludin menang sebagai Ketua Pemuda secara di pilih oleh perwakilan.
Timbul juga persoalan di benak saya adakah wujud persetujuan di antara DS Najib dan Khairi Jamaludin yang KJ tidak perlu di lantik tetapi di benarkan meneruskan, mengekalkan atau menambah segala bentuk bisnes yang beliau ada? Kalau ini berlaku maka tidak sia-sia Khairy Jamaludin belajar di Oxford.

Umum mengetahui Pak Lah adalah seorang yang gagal sebagai pemimpin UMNO dan Negara tetapi mengapa orang yang gagal seperti Pak lah di lantik untuk menjadi penasihat beberapa GLC? Adakah ini cuma untuk menjaga hati belaiu maka kalau itu tujuan nya pasti akan hancur lah ekonomi negara.

Pak Lah adalah seorang yang gagal malah bertanggungjawab dengan tercalarnya maruah UMNO dalam pelihanraya yang lepas. Beliau telah berada terlalu lama dalam kabinet dan tiada sebarang pencapaian yang membanggakan yang beliau capai sehingga melayakkkan beliau untuk menjadi penasihat mana-mana GLC.
Dalam konteks pembaharuan dalam GLC ini adalah amat perlu muka-muka baru di tampilkan untuk menerajui GLC yang ada. Dimanakah mereka-mereka yang lebih layak untuk untuk berada dalam GLC ini?
Isu penghapusan 30% kuota bumiputra di 27 industri menampakkan DS Najib tidak berfikir akan implikasi mengenai perjuangan UMNO iaitu orang Melayu. Adakah keputusan ini dibuat untuk menggula-gula pengundi bukan Melayu? Tanpa melihat kesan yanbg akan mendatang untuk Negara secara keseluruhan? Bayangkan berates syarikat pelancongan Melayu akan gulung tikar akibat polisi ini. Bayangkanlah pula industri – industri lain...

Secara keseluruhan saya melihat ada juga tokoh-tokoh yang berkemampuan yang layak menganggotai kabinet seperti Datuk Hanifah Aman, Datuk Husni Hanadzlah dan Datuk Razali Ibrahim.

Kesimpulan yang ingin saya buat bagaimana DS Najib Tun Razak mampu untuk mentadbir negara sekiranya terlalu banyak hati yang perlu di jaga dan permintaan dan kehendak hati rakyat tidak di ambil kira.Saya masih mengharapkan perubahan secata total di laksanakan. Semua mereka yang di lantik ke cabinet perlu mengistiharkan harta dan latar belakang mereka di siasat sevara menyeluruh untuk mengelakkan masalah di masa hadapan.

Saya akan terus menulis dan terus memerhatikan dan mengharapkan perubahan demi satu perjuangan yang hakiki.

15 comments:

  1. Salam,

    Saya sebagai rakyat Kedah merasakan perlantikan Dato' Mukhriz adalah bertepatan dengan hasrat akar umbi kerana undian peringkat bahagian menunjukkan arah yang amat jelas, jadi pada sesiapa yang menimbulkan isu ikut telunjuk Tun Mahathir(TDM) dlm hal perlantikan Dato' Mukhriz sebenarnya pada saya sengaja membelakangi suara akar umbi namun dlm lain-lain hal sekiranya pandangan TDM ada membawa kebaikan adalah wajar dipertimbangkan. Mengenai lain-lain tokoh yang diperkatakan, termasuklah Ali Rustam pada saya sebahagian besarnya saya bersetuju dan saya ingin tambah bahawa Johari Baharom juga patut masuk senarai barang lupus atau skrap.

    Dan kami berasa agak lega bila Mahadzir Khalid tidak dipilih untuk meneruskan tugas sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO/BN Negeri, namun agak terkilan kerana YB Bashah juga termasuk dalam kategori penghujung senja.

    ReplyDelete
  2. oi Lembu,
    Kalau ambik Tg Razaleigh, lebih baik lantik TUN DET je, nape kau marah sebab Najib tak lantik kau senator dan jadi timbalan menteri ke...

    ReplyDelete
  3. khairy memang patut tidak di lantik. dia punca segala kehancuran umno. tapi secara profesional tak patut jugak lantik mukhriz. mukhriz bukan dalam senarai mt pun. dulu kan mt yang ada.

    ReplyDelete
  4. KJ satu orang mangkuk hayun yang perlu dibuang dari UMNO kerana dia adalah menyambung legasi Pak Lah, yang telah menglingkupkan negara.

    Serta UMNO.

    ReplyDelete
  5. Rafidah? Awat tak dak orang lain ka.......Awat Najib ni bengap sangat. Rafidah ini adalah satu liabiliti kepada UMNO sama seperti Nazri.

    ReplyDelete
  6. pak lah advisor glc - glc seperti MAS and Koridor?

    Nampaknya bertambah lingkuplah GLC kita..

    ReplyDelete
  7. Najib mungkin terpaksa mengikut kata RM? Kan semua kena ikut telunjuk RM, betul kan?

    ReplyDelete
  8. Mukhriz penyambung legasi TDM. Adakah kita mahu melihat Malaysia menyambung sistem kukubesi TDM?

    Adakah kita sanggup melihat sistem kehakiman kita diperkotak katik kan?

    Fikirlah...

    ReplyDelete
  9. Anti Malaysian MalaysiaMay 14, 2009 at 8:35 PM

    SETUJU.....

    GERAKAN dengan lantang menyatakan mengenai meritokrasi.

    Beb, kalo dah kalah, buat cara kalah....baru gentel..

    Nampaknya Najib ini cuba mengambil hati pengamal dogma politk Malaysian Malaysia.

    ReplyDelete
  10. Najib nampaknya terpaksa melakukan political bargaining.

    Accept Mukhriz sebag TDM. kekal Johari Baharum dan ALi Rustam sebab Pak Lah, Masukkan Rafidah untuk mengekang Shahrizat.

    Itu belum campur nasihat RM yang terpkasa dia ikut.. Mgkin Pak Lah itu lemah, tapi Najib lebih compromised dari Pak Lah.

    ReplyDelete
  11. NTR tak perlu jadi kambing di cucuk idung, wujudkan kabinet dan MT yang di mahukan rakyat bukan ikut kata pak lah, Tun M atau sesiapa. NTR perlu punyai prinsip sendiri.

    ReplyDelete
  12. Aku ni dah malas nak cerita pasal politik dah kadang-kadang aku malu jadi ahli umno. aku takut aku risau umno akan jadi parti yang hanya ada dalam buku sejarah. Baik pak lelah Atau najib tak ade ape yang berubah. ingat la pengundi baru semakin ramai. hampir semua menyokong pakatan rakyat. umno perlu la bertindak. bukan lagi jadi parti yang penting diri sendiri lah.

    ReplyDelete
  13. penulisan yang menarik dan berani,

    Syabas Datuk.

    Apa komen Datuk mengenai isu Perak dan isu BN tidak mau bertanding di Penanti?

    ReplyDelete
  14. What can we expect your new writing, Datuk?

    ReplyDelete
  15. menarik. bukan semua ahli umno berani bersuara ada pro ada cons. but keep on ur good job dato. selamatkan umno dan melayu

    ReplyDelete