Semenjak dari awal lagi saya telah katakan yang bertanding dalam pilihanraya kecil hanya membuang masa, Kini BN telah membuat keputusan untuk tidak bertanding dengan alasan pembaziran dan sebagainya.
Persoalan saya mengapa hanya sekarang isu pembaziran hendak di fikirkan? Mengapa hanya setelah pilihanraya kecil di Permatang Pauh ,Kuala Terengganu , Bukit Gantang, Selambau, Batang Ai isu pembaziran ini di timbulkan?.
Sepatutnya Umno dan Barisan Nasional telah membuat keputusan lebih awal untuk tidak bertanding dalam semua pilihanraya kecil.Dato Seri Najib pernah berkata yang pilihanraya kecil hanya taktik pembangkang untuk memastikan mereka terus menang secara konsisten dan mempengaruhi rakyat untuk terus menyokong mereka. Dari awal lagi telah saya tegaskan agar Umno Dan BN tidak terpengaruh dengan permainan politik dan terus memasti kan tumpuan di berikan kepada rakyat dalam konteks untuk memenangi hati dan memberikan keutamaan dalam memenuhi keperluan rakyat.
Bagi saya tindakan Umno dan BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil di Dun Penanti adalah satu usaha yang telah terlewat. Nasi sudah menjadi bubur, umno kini hanya menunggu masa untuk di talkin kan oleh rakyat. Harapan untuk merampas kembali negeri-negeri yang di tawan pakatan rakyat pada pilihanraya umum akan datang semakin samar atau tidak keterlaluan saya katakan hampir tiada sinar melainkan gelap gelita.
Kekecewaan rakyat pada BN dan Umno saya lihat bukan sekadar isu kepimpinan yang gagal tetapi juga adalah kerana kegagalan BN dan UMNO sendiri yang cuai dalam beberapa perkara. Perkara yang ingin saya sentuh di sini adalah tentang isu perlembagaan itu sendiri. Setelah sekian lama barisan nasional memerintah terlalu banyak isu perlembagaan yang menjadi beban kepada kerajaan dan menyukarkan sesuatu keputusan untuk di buat.
Saya ingin mengambil contoh Isu apa yang berlaku di Perak, isu perlembagaan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri telah menjadi satu isu yang telah menggegarkan negeri perak. Masalah yang timbul di Perak sebenarnya boleh di atasi dengan baik sekiranya undang-undang tubuh kerajaan negeri di perhalusi dan di pinda mengikut keperluan semasa.Semasa BN dan Umno menguasai perak sekian lama mereka telah terlepas pandang tentang isu-isu ini, atau mereka terlalu rakus merompak wang rakyat dan menjaga kepentingan peribadi dan kroni sehingga mereka lupa apa yang perlu di laksanakan.
Kini apabila berlaku seperti krisis di negeri Perak semua pihak menunding jari antara satu sama lain dalam satu permasalahan yang tiada penghujungnya.
Satu lagi isu yang ingin saya timbulkan adalah sudah sepatutnya Mahkamah di berikan satu kuasa untuk bebas dari kuasa kerajaan dan eksekutif.
Sebenarnya masalah atau persoalan ini timbul sejak lama dulu. Sejak lebih 10 tahun lepas. Pelabur asing hilang kepercayaan umum kepada intergriti badan kehakiman negara apabila melihat kepada perjalanan perbicaraan, pendakwaan dan keputusan berhubung beberapa kes berprofil tinggi yang lain
.
Saya merasakan perlu dikaji semula peruntukan Perlembagaan yang memberi kuasa yang a kepada Perdana Menteri dalam perlantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim mahkamah di negara ini
Dalam keadaan yang ada sekarang perlantikan hakim-hakim dan kenaikan pangkat mereka dicadangkan oleh Perdana Menteri kepada Yang diPertuan Agong selepas Perdana Menteri mengadakan konsultasi dengan Ketua Hakim Negara. Yang diPertuan Agong pula sebelum memberi perkenan diraja atas perlantikan tersebut secara konvesinya perlu membawa perkara tersebut kepada mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu sebagai satu proses konsultasi.
Bagaimanapun pada analisis terakhirnya di segi undang-undang kuasa Perdana Menteri yang mengetuai badan eksekutif mengatasi kuasa Yang diPertuan Agong di bawah sistem raja berperlembagaan yang ada sekarang di mana raja (Yang diPertuan Agong) bertindak atas nasihat Perdana Menteri.
Dalam sistem yang ada sekarang kebijaksanaan Perdana Menteri dalam soal perlantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim banyak bergantung atau dibantu oleh kebijaksanaan satu individu sahaja iaitu Ketua Hakim Negara yang mengetuai badan kehakiman.
Justeru itu atas nama kebaikan kepada sistem kehakiman Malaysia itu sendiri dan kehidupan bernegara yang bermaruah yang menjunjung prinsip keadilan dan keluhuran undang-undang maka saya berpendapat adalah wajar untuk dipertimbangkan dengan serius tentang cadangan supaya satu Suruhanjaya Kehakiman dibentuk di mana tugas perlantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim di Malaysia diamanahkan kepada Suruhanjaya Kehakiman tersebut.
Syor perlantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim yang dibuat secara musyawarah oleh sebuah badan seperti Suruhanjaya Kehakiman adalah lebih telus dan berwibawa berbanding pandangan dan keputusan seorang individu sahaja iaitu Ketua Hakim Negara.
Saya percaya bahawa Perdana Menteri, Yang diPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu berhak untuk mendapat calon-calon hakim yang benar-benar layak, berwibawa, dan berintegriti untuk dipertimbangkan dan dilantik untuk menjadi hakim-hakim di mahkamah Malaysia.
Peranan ini boleh dilaksanakan oleh Suruhanjaya Kehakiman. Ini adalah satu cara yang perlu dilaksanakan sekarang untuk mengembalikan kedudukan badan kehakiman di Malaysia supaya ia menjadi badan kehakiman yang bebas, bermaruah dan berwibawa.
Sekiranya hakim yang dipilih adalah berwibawa, maka secara langsung kita dapat memulihkan isu penghakisan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman negara.
Bercakap pula mengenai pelabur asing, tersentuh saya untuk membicarakan isu Iskandar Singapura, maaf Iskandar Malaysia. Projek ini lebih menguntungkan pelabur dan Singapura secara khasnya tetapi tidak untuk rakyat Johor.
Sahabat saya, Datuk Shahrir Samad mendakwa Iskandar Malaysia hingga kini tidak menampakkan impak secara langsung kepada rakyat tempatan khususnya peniaga-peniaga kecil di kawasan pembangunan baru seluas 2,217 kilometer persegi itu, tentunya dia 'menyerang Abd Ghani' walaupun mungkin bukan niatnya.
Menurut Shahrir, keadaan itu menyebabkan masyarakat tempatan dan peniaga tidak menerima dengan baik program pembangunan tersebut.
"Kalau masyarakat tempatan dan peniaga di Iskandar Malaysia tidak merasakan ia satu konsep yang membantu mereka, pembangunan itu tidak dapat membawa kejayaan.
"Dan kalau Berjaya pula, ia bukan milik kita," katanya yang mencadangkan diwujudkan konsep pemilikan bersama di kalangan penduduk tempatan di wilayah Iskandar Malaysia.
Bagi saya, Jangan lah sampai kita mengadaikan negara kita atas nama globalisasi.
Kemelut Perak melihatkan isu dimana Sultan mengintepretasi peruntukan undang - undang yang sedia ada. Beliau mempunyai hak untuk melantik tetapi tiada peruntukan untuk memecat. Isu ini atau trajedi ini berlaku kerana adanya peruntukan undang-undang yang tidak "clear". Saya mencaangkan agar semua undang - undang tubuh negeri di Malaysia di selaraskan untuk mengelakkan isu intepretasi ini berulang.
Perbezaan undang - undang tubuh di setiap negeri akan memeri lebih banyak masalah sekiranya berlaku pertikaian perundangan. Kita tidak mampu untuk menghadapi isu seperti di Perak, dimana rakyat Perak tidak pasti siapa kah kerajaan negeri yang sah.
Jadi kini bagi saya apa yang telah berlaku umpama kanser, sepatutnya bahagian yang telah di jangkiti perlu di buang atau diganti tetapi mengikut kepada perkembangan politik semasa saya melihat penyakit terus di biarkan sehingga tidak mampu lagi untuk di selamatkan.
Ramai yang terlupa bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah adalah masih seorang Ahli Parlimen. Persoalanya dimanakah beliau akan ditempatkan di tempat duduk Ahli -ahli parlimen? Di hadapan? Di kiri? Di kanan DS Najib? Ataupun dibelakang? Saya pernah dimaklumkan sekiranya seorang Ahli Parlimen tidak hadir sidang untuk beberpa kali yang ditetapkan, secara automatik, akan terlucutnya jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen.
Saya tidak mendapat kepastian samada apa yang saya maklum ini adalah benar atau tidak, tetapi persoalan yang lebih utama, adakah Ahli Parlimen Kepala Batas akan menjadi Ahli Parlimen yang efektif sekiranya beliau tidak motivasi untuk datang ke sidang Parlimen?
Akhir kata saya ingin ingin menjawap satu komen yang telah di berikan dalam blog saya pada artikel saya yang lalu. Komen tersebut berbunyi :
Anonymous said...
oi Lembu,Kalau ambik Tg Razaleigh, lebih baik lantik TUN DET je, nape kau marah sebab Najib tak lantik kau senator dan jadi timbalan menteri ke...
Kenapa perlu saya menjadi senator atau mengharap jawatan dalam kabinet kepada sebuah kapal yang sudah hamper tenggelam? Kalau isu jawatan yang menjadi target utama saya sudah lama saya memuji-muji kepimpinan UMNO dan BN. Budaya UMNO yang memuji di kasihi manakala yang menegur di sisihkan.
Niat saya ikhlas berjuang untuk melayu dan rakyat.
Friday, May 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
datuk nak kritik biar la umpama menarik rambut dalam tepung rambut tak putus tepung tak berselerak, cara datuk macam seolah-olah datuk ni ahli pembangkang. ingat sikit datuk jangan sampai orang benci.
ReplyDeletekah kah.. dato Shahril tak nampak Impak Wilayah Iskandar.. Dulu siapa sokong bagainak RAK... rak yat mintak dipertimbangkan .. korang kata Betuiiiii.....
ReplyDeleteUndang-undang tubuh negeri Perak mmg dah terbaik.. sbb disitu ada kuasa peminbal..18(2)b ...kalu tadek mampus kena jual Perak..
Dah betul dah Najib arahkan tak bertanding di Penanti.. Fikir pula berapa banyak PRK yang akan dibuat oleh Anwar untuk serangan saraf keatas pengundi.. lebih baik betulkan ajer kesilapan yang dah Pak Lah buat.. terlalu banyak Keterbukaan la jadi cam gini.. Naik tocang..
Kalu Pak Lah rasa tak layak untuk duduk mana mana kerusi dalam parlimen.. duduk la mana mana yang dia rasa martabat dia tinggi setelah seluruh rakyat Malaysia hilang keyakinan terhadap kepimpinan era pemerintahan dia..
Untuk pengetahuan Dato . terlalu besar kesalahan Pak Lah terhadap Malaysia. Haru Biru dibuatnya...Hanya BALACI ajer yang banyak menyokong dia..
Sorry la agak kasar.. tapi terima lah hakikat....
Perjuangan dato saya akui ada benarnya, sebagai ahli umno saya terkadang serba salah.kita jauh ketinggalan dari segi semangat untuk melakukan perubahan. pakatan rakyat itu tidak sehebat mana anwar ibrahim itu tak se gah mana tapi dek kerana kelemahan umno dan kepincangan kepimpinan dalam umno serta budaya takut menegur kita jadi lemah. teruskan usaha datuk. walaupun ada perbezaan pendapat antara saya dan datuk berkaitan penulisan dato tetapi saya terpaksa akui datuk punyai keberaniann untuk melakukan perubahan.
ReplyDeleteBenarkan cendiakawan pimpin Umno...
ReplyDeleteMay 30, 09 12:25pm
Umno disaran supaya membenarkan golongan cerdik pandai dan cendiakawan memegang jawatan dalam parti itu bagi menarik lebih baik golongan muda menyertai dan mempercayai Umno.
Pada masa yang, penganalisa politik dan sejarah, Datuk Dr Ramlah Adam berkata
Umno juga perlu membuat kajian akademik untuk mengenal pasti kelemahan parti sehingga ramai golongan muda khususnya berpihak kepada parti pembangkang.
Menurutnya, walaupun sudah berusia 63 tahun, Umno bukan parti yang lemah, tua tetapi ia dipimpin oleh pemimpin yang membawa pemikiran baru.
Dr Ramlah menegaskan demikian dalam forum anjuran Ibu Pejabat Umno bertajuk "Umno Menempuh Arus" di ibunegara malam tadi.
Forum tersebut dipengerusikan oleh anggota Exco Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail, lapor Bernama.
Dua lagi ahli panel yang bekas menteri dalam negeri, Datuk Seri Syed Hamid Othman dan wartawan veteran, Datuk Ahmad Talib.
Syed Hamid yang juga ahli Parlimen Kota Tinggi pula berkata, Umno perlu mempunyai sikap positif terhadap kemampuan para pemimpin mereka agar dapat bersama-sama membina semula keyakinan orang ramai terhadap Umno.
Pastikan kesetiaan ahli
Manakala pemimpin Umno pula, tambahnya, perlu mempunyai keinginan untuk meyakinkan ahli-ahlinya sehingga ke peringkar akar umbi bahawa parti itu tidak selamanya berada di ambang kejatuhan tetapi mampu mengembalikan kemuncak dan kegemilangan parti utama orang Melayu itu.
Di samping itu, Syed Hamid berkata, Umno dan pentadbiran kerajaan perlu mempunyai strategi politik agar orang Melayu tetap terus setia dengan parti itu dan tidak berpaling kepada parti lain.
"Kita mesti ada kumpulan untuk memikirkan bagaimana cara hendak mencapai kemenangan politik. Parti lawan tidak akan soalkan isu ekonomi sahaja tetapi politik sehinggalah mereka dapat menarik perhatian pengundi," katanya.
Beliau berkata kerajaan juga akan mengambil pelbagai tindakan yang boleh mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional selepas mengalami kekalahan di beberapa negeri pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu.
Sementara itu, Ahmad pula berkata kekuatan Umno bukan bergantung kepada media tetapi ia bergantung kepada kekuatan pemimpinnya, kesepakatannya, musyawarahnya dan kekuatannya untuk mengukuhkan Umno.
"Saya tidak fikir kemenangan Umno dalam sesuatu pilihanraya atas sokongan media tetapi ia kerana calon yang hebat dan keberkesanan Umno untuk menarik pengundi," katanya.
petikan dari malaysiakini.com
dato jumpa je la NTR kalau tak puas hati.
ReplyDeleteDato
ReplyDeleteBetulkah Dato main peranan penting dalam kes Manohara sebagaimana dilapurkan oleh TV Indonesia Global Malam?
siapa kata najib tak betul, betul apa dia tak bertanding di Penanti, impaknya kurang pada BN.
ReplyDeletePak Lah PM selama 4 tahun lebih. Najib pula camn? Kurang 2 tahun kot.....
ReplyDeleteUMNO tak boleh harap kesetiaan membuta tuli, sebab rakyat boleh memilih.
UMNO akan menjadi lemah bukan kerana kekurangan sebab tetapi apabila UMNO ditenggelami oleh personaliti-personaliti yg lebih memntingkan iri sendiri dari asas perjuangan UMNO.
ReplyDeleteYangpenting ialah asas perjuangan UMNO, bukan UMNO sebab UMNO hanya satu conduit.
Bolehkah UMNO survive?
Dato,
ReplyDeleteLepas Kabinet, NTR masih tak paham2x, dier lantik Amirsham sebagai Chairman NEC, sama taraf dengan menteri. Dulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini tidak disambung. mungkin atas prestasi lemah.
Tapi bukan lema lah sebab dilantik semula. Lepas tu nak lantik Syed Haid Albar jdi Chairman Petronas...dengan Omar Ong sebagai Pengarah Petronas.
dato, where got road. Najib is building a road to lead us UMNO to hell.
datuk glamer nampak burukkan negara sendiri kat indon? ape kata dato bantu ibu2 tunggal yang berlambak kat malaysia.
ReplyDeletedia ni ka yang depa kata selamatkan manohara sampai indon pijak kepala kita?
ReplyDeleteDato'
ReplyDeleteUntuk menegakkan keadilan memang dituntut, tapi jangan sampai memalukan negara sendiri. Jangan menabur simpati membuta tuli. Kumpulkan dulu segala bukti. Semua aspek perlu diteliti, jangan simpati diberi kerana wajah bak bidadari, manakan tahu dia bermaharajakan syaitan di dalam hati... Jadi baik berhati-hati!
Dato',
ReplyDeleteDalam artikel Dato ini, jelas Dato' katakan niat dato' berjuang untuk melayu dan rakyat. Jadi saya nak tanya, sudah terbelakah nasib melayu dan rakyat kita sekarang ni sehingga Dato' boleh berjuang untuk seorang perempuan negara jiran. Hidup melaratkah perempuan itu? Hilang keupayaankah perempuan itu? Sebatang karakah perempuan itu? Cacatkah dia? Papa kedanakah dia? Bukalah mata Dato'......
Dato' Dato' Kemelut rakyat di negara kita masih belum selesai, jangan campur kemelut rakyat negara orang....
ReplyDeletemana lebih penting, kedaulatan kesultanan atau manohara?
ReplyDeleteApa fungsi Datuk dalam isu Manohara ini? Sekiranya untuk kebaikan bersama saya menyokong Dato 100%..
ReplyDeleteDato,
ReplyDeleteKalo Dato merasakan UMNO akan lingkup, adakah Dato akan keluar UMNO dan menyokong PKR? Menjadi ahli PKR?
dato u need to comments about manohara kes, so many speculation,.
ReplyDeleteDato',
ReplyDeleteManohara dah buat pilihan sebagai warganegara AS. Macam mana ni Dato'. Nampak sangat semua ni hanya untuk kepentingan diri Manohara sendiri. Sebagai seorang islam, dia patut tahu prosedurnya, lakukan proses sulh. Bawa berbincang cara baik. Inikan masalah suami ister bukan masalah negara, jadi kemelut yang timbul antara suami isteri hendaklah diuraikan dengan cara baik... bawa berbincang. Tapi apa yang dia lakukan adalah seperti menyiapkan benteng pertahanan macam nak berperang besar aje. Bagai nak melaga-lagakan dua negara. Adakah itu wajar? Sebagai seorang muslim dan bergelar isteri pula. Ada Dato fikirkan perkara ini? Untuk apa dia bertindak begitu... seperti tidak mahu membuat penyelesaian secara baik... hmm ini tentu ada habuan besar yang ingin dimilikinya atau ada agenda tersembunyi.... tak gitu dato'?
dato betul ke manohara tu bukan anak kandung ibu daisy? betul ke pompuan yang bernama ibu daisy tu dah 4 kali kawen? biar betul ni datuk>>
ReplyDeleteanda adalah ahli politk sampah. tutup aje le blog anda ini. anda juga penjenayah juga. kes anda dulu macamana. jangan nak jadi juara. sampai isu mano pun kau terlibat. ada apa-apa ke.macam anda dengan.............kes dulu2 . takkan tak ingat kot
ReplyDelete