(EXCLUSIVE)
http://www.tvantara.com/v1/newsdetails?news=516
Perhimpunan Agung dan Pemilihan Umno yang akan diadakan selama lima hari mulai 24 Mach ini mungkin terpaksa dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan kerana didakwa membenarkan lebih 400 perwakilan yangh bertaraf muflis menghadiri persidangan dan mengundi apad pemilihan parti.
Menurut ahli Umno dari Muar, Datuk Kadar Shah Sulaiman setakat ini beliau telah mendapat maklumat dan mengenal pasti empat perwakilan yang sudah disahkan bankrap di sisi undang-undang.
"Saya sudah ada empat nama tersebut dan pihak ibu pejabat Umno pun sudah minta daripada saya tetapi saya tidak mahu beri sebab itu tanggungjawab mereka menyaring dam memastikan semua yang hadir mestilah perwakilan yang sah," kata beliau.
Kadar Shah berkata sumber yang diperolehi beliau memberitahu kemungkinan wujud lebih 400 perwakilan haram pada persidangan Umno tahun ini yang dikategorikan sebagai bankrap.
"Saya sudah beri amaran kepada Datuk Seri Najib (Razak) mengenai perkara ini sejak dulu lagi supaya panggil saya untuk beri keterangan tapi amaran dan saranan saya tidak diendahkan.
"Sekarang ni saya kira sudah terlambat untuk berbuat apa-apa kerana persidangan tahun ini sudah pasti tidak boleh diadakan," tegas beliau lagi.
Beliau menambah perwakilan yang muflis tersebut terlepas pandang pada peringkat bahagian dan kebanyakan daripada mereka bertanding jawatan di peringkat bahagian dan menang tanpa diketahui sebenarnya mereka telah diisytiharkan bankrap oleh mahkamah.
"Ini amat merisaukan, sepatutnya pada peringkat bahagian lagi mereka yang muflis telah dikenalpasti tetapi mereka lepas begitu sahaja dan dipilih ke perhimpunan dan lebih parah lagi apabila mereka juga akan mengundi memilih pucuk pimpinan Umno," ujar anak bekas Pengerusi Tetap Umno itu.
Dakwa beliau antara perwakilan muflis itu datang dari empat bahagian di Johor, Selangor, Pahang dan Kedah.
Sekiranya dakwaan beliau didapati berasas, Pendaftar Pertubuhan boleh bertindak membatalkan perhimpunan Umno tahun ini di bawah peraturan sedia ada.
Jika Umno berkeras untuk meneruskan juga persidangan dan pemilihan parti maka semua keputusan termasuk pemilihan presiden baru Umno yang dimenangi oleh Datuk Seri Najib Razak November lalu akan terbatal dan dianggap tidak sah, kata Kadar Shah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
x leh ar mcm nie dato, dato kena tlg parti
ReplyDeletebukan kasi lingkup parti...
klu dia org terlepas pandang bg tau jerk la...
kt tlg biar ikhlas...
klu dato ad nama tu, bg jerk la, bukan dato rugi apa pun...
maaf cakap, tp sekadar pandangan dr saya...
salam...
Nape kau ni sebenarnya,, datuk kepala hotak die macam ni punya perangai,, ingatla sikit ayah awak dulu disanjung oleh semua ahli umno, bila dapat pada anaknya, buruk perangainya,,, kalau nak tempak ayah awak tu cakapla atau bertandingla,,, ni main sorok-sorok dan nak tangguh la... apa hal bro,,, jangan sampa nama blog nisendiri mencerminkan tuannya,,,
ReplyDeleteDato,
ReplyDeleteDon't just threaten UMNO or Najib. If you have the evidence, come out with it and get the Sec Gen to postpone our meeting and save the party.
Stop showing off and trying to showboat your way around the corridors of power. Show your cards and we are behind your effort to save the party. Otherwise, go sell your medicine at Chow Kit Road! You are eroding the good name of Tun Sulaiman by trying to undermine UMNO.
Even I will support the decision to postpone the convention if it is proven. But it seems only you have the evidence while the HQ is too lazy to act. Do something pro-active instead of being a party pooper!
Wasallam Bro!