Friday, May 29, 2009

Antara Penanti, Iskandar Malaysia dan Perak....

Semenjak dari awal lagi saya telah katakan yang bertanding dalam pilihanraya kecil hanya membuang masa, Kini BN telah membuat keputusan untuk tidak bertanding dengan alasan pembaziran dan sebagainya.

Persoalan saya mengapa hanya sekarang isu pembaziran hendak di fikirkan? Mengapa hanya setelah pilihanraya kecil di Permatang Pauh ,Kuala Terengganu , Bukit Gantang, Selambau, Batang Ai isu pembaziran ini di timbulkan?.

Sepatutnya Umno dan Barisan Nasional telah membuat keputusan lebih awal untuk tidak bertanding dalam semua pilihanraya kecil.Dato Seri Najib pernah berkata yang pilihanraya kecil hanya taktik pembangkang untuk memastikan mereka terus menang secara konsisten dan mempengaruhi rakyat untuk terus menyokong mereka. Dari awal lagi telah saya tegaskan agar Umno Dan BN tidak terpengaruh dengan permainan politik dan terus memasti kan tumpuan di berikan kepada rakyat dalam konteks untuk memenangi hati dan memberikan keutamaan dalam memenuhi keperluan rakyat.

Bagi saya tindakan Umno dan BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil di Dun Penanti adalah satu usaha yang telah terlewat. Nasi sudah menjadi bubur, umno kini hanya menunggu masa untuk di talkin kan oleh rakyat. Harapan untuk merampas kembali negeri-negeri yang di tawan pakatan rakyat pada pilihanraya umum akan datang semakin samar atau tidak keterlaluan saya katakan hampir tiada sinar melainkan gelap gelita.

Kekecewaan rakyat pada BN dan Umno saya lihat bukan sekadar isu kepimpinan yang gagal tetapi juga adalah kerana kegagalan BN dan UMNO sendiri yang cuai dalam beberapa perkara. Perkara yang ingin saya sentuh di sini adalah tentang isu perlembagaan itu sendiri. Setelah sekian lama barisan nasional memerintah terlalu banyak isu perlembagaan yang menjadi beban kepada kerajaan dan menyukarkan sesuatu keputusan untuk di buat.

Saya ingin mengambil contoh Isu apa yang berlaku di Perak, isu perlembagaan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri telah menjadi satu isu yang telah menggegarkan negeri perak. Masalah yang timbul di Perak sebenarnya boleh di atasi dengan baik sekiranya undang-undang tubuh kerajaan negeri di perhalusi dan di pinda mengikut keperluan semasa.Semasa BN dan Umno menguasai perak sekian lama mereka telah terlepas pandang tentang isu-isu ini, atau mereka terlalu rakus merompak wang rakyat dan menjaga kepentingan peribadi dan kroni sehingga mereka lupa apa yang perlu di laksanakan.

Kini apabila berlaku seperti krisis di negeri Perak semua pihak menunding jari antara satu sama lain dalam satu permasalahan yang tiada penghujungnya.
Satu lagi isu yang ingin saya timbulkan adalah sudah sepatutnya Mahkamah di berikan satu kuasa untuk bebas dari kuasa kerajaan dan eksekutif.

Sebenarnya masalah atau persoalan ini timbul sejak lama dulu. Sejak lebih 10 tahun lepas. Pelabur asing hilang kepercayaan umum kepada intergriti badan kehakiman negara apabila melihat kepada perjalanan perbicaraan, pendakwaan dan keputusan berhubung beberapa kes berprofil tinggi yang lain
.
Saya merasakan perlu dikaji semula peruntukan Perlembagaan yang memberi kuasa yang a kepada Perdana Menteri dalam perlantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim mahkamah di negara ini

Dalam keadaan yang ada sekarang perlantikan hakim-hakim dan kenaikan pangkat mereka dicadangkan oleh Perdana Menteri kepada Yang diPertuan Agong selepas Perdana Menteri mengadakan konsultasi dengan Ketua Hakim Negara. Yang diPertuan Agong pula sebelum memberi perkenan diraja atas perlantikan tersebut secara konvesinya perlu membawa perkara tersebut kepada mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu sebagai satu proses konsultasi.

Bagaimanapun pada analisis terakhirnya di segi undang-undang kuasa Perdana Menteri yang mengetuai badan eksekutif mengatasi kuasa Yang diPertuan Agong di bawah sistem raja berperlembagaan yang ada sekarang di mana raja (Yang diPertuan Agong) bertindak atas nasihat Perdana Menteri.

Dalam sistem yang ada sekarang kebijaksanaan Perdana Menteri dalam soal perlantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim banyak bergantung atau dibantu oleh kebijaksanaan satu individu sahaja iaitu Ketua Hakim Negara yang mengetuai badan kehakiman.

Justeru itu atas nama kebaikan kepada sistem kehakiman Malaysia itu sendiri dan kehidupan bernegara yang bermaruah yang menjunjung prinsip keadilan dan keluhuran undang-undang maka saya berpendapat adalah wajar untuk dipertimbangkan dengan serius tentang cadangan supaya satu Suruhanjaya Kehakiman dibentuk di mana tugas perlantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim di Malaysia diamanahkan kepada Suruhanjaya Kehakiman tersebut.

Syor perlantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim yang dibuat secara musyawarah oleh sebuah badan seperti Suruhanjaya Kehakiman adalah lebih telus dan berwibawa berbanding pandangan dan keputusan seorang individu sahaja iaitu Ketua Hakim Negara.

Saya percaya bahawa Perdana Menteri, Yang diPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu berhak untuk mendapat calon-calon hakim yang benar-benar layak, berwibawa, dan berintegriti untuk dipertimbangkan dan dilantik untuk menjadi hakim-hakim di mahkamah Malaysia.

Peranan ini boleh dilaksanakan oleh Suruhanjaya Kehakiman. Ini adalah satu cara yang perlu dilaksanakan sekarang untuk mengembalikan kedudukan badan kehakiman di Malaysia supaya ia menjadi badan kehakiman yang bebas, bermaruah dan berwibawa.

Sekiranya hakim yang dipilih adalah berwibawa, maka secara langsung kita dapat memulihkan isu penghakisan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman negara.

Bercakap pula mengenai pelabur asing, tersentuh saya untuk membicarakan isu Iskandar Singapura, maaf Iskandar Malaysia. Projek ini lebih menguntungkan pelabur dan Singapura secara khasnya tetapi tidak untuk rakyat Johor.

Sahabat saya, Datuk Shahrir Samad mendakwa Iskandar Malaysia hingga kini tidak menampakkan impak secara langsung kepada rakyat tempatan khususnya peniaga-peniaga kecil di kawasan pembangunan baru seluas 2,217 kilometer persegi itu, tentunya dia 'menyerang Abd Ghani' walaupun mungkin bukan niatnya.

Menurut Shahrir, keadaan itu menyebabkan masyarakat tempatan dan peniaga tidak menerima dengan baik program pembangunan tersebut.

"Kalau masyarakat tempatan dan peniaga di Iskandar Malaysia tidak merasakan ia satu konsep yang membantu mereka, pembangunan itu tidak dapat membawa kejayaan.

"Dan kalau Berjaya pula, ia bukan milik kita," katanya yang mencadangkan diwujudkan konsep pemilikan bersama di kalangan penduduk tempatan di wilayah Iskandar Malaysia.

Bagi saya, Jangan lah sampai kita mengadaikan negara kita atas nama globalisasi.

Kemelut Perak melihatkan isu dimana Sultan mengintepretasi peruntukan undang - undang yang sedia ada. Beliau mempunyai hak untuk melantik tetapi tiada peruntukan untuk memecat. Isu ini atau trajedi ini berlaku kerana adanya peruntukan undang-undang yang tidak "clear". Saya mencaangkan agar semua undang - undang tubuh negeri di Malaysia di selaraskan untuk mengelakkan isu intepretasi ini berulang.

Perbezaan undang - undang tubuh di setiap negeri akan memeri lebih banyak masalah sekiranya berlaku pertikaian perundangan. Kita tidak mampu untuk menghadapi isu seperti di Perak, dimana rakyat Perak tidak pasti siapa kah kerajaan negeri yang sah.

Jadi kini bagi saya apa yang telah berlaku umpama kanser, sepatutnya bahagian yang telah di jangkiti perlu di buang atau diganti tetapi mengikut kepada perkembangan politik semasa saya melihat penyakit terus di biarkan sehingga tidak mampu lagi untuk di selamatkan.

Ramai yang terlupa bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah adalah masih seorang Ahli Parlimen. Persoalanya dimanakah beliau akan ditempatkan di tempat duduk Ahli -ahli parlimen? Di hadapan? Di kiri? Di kanan DS Najib? Ataupun dibelakang? Saya pernah dimaklumkan sekiranya seorang Ahli Parlimen tidak hadir sidang untuk beberpa kali yang ditetapkan, secara automatik, akan terlucutnya jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen.

Saya tidak mendapat kepastian samada apa yang saya maklum ini adalah benar atau tidak, tetapi persoalan yang lebih utama, adakah Ahli Parlimen Kepala Batas akan menjadi Ahli Parlimen yang efektif sekiranya beliau tidak motivasi untuk datang ke sidang Parlimen?

Akhir kata saya ingin ingin menjawap satu komen yang telah di berikan dalam blog saya pada artikel saya yang lalu. Komen tersebut berbunyi :

Anonymous said...

oi Lembu,Kalau ambik Tg Razaleigh, lebih baik lantik TUN DET je, nape kau marah sebab Najib tak lantik kau senator dan jadi timbalan menteri ke...

Kenapa perlu saya menjadi senator atau mengharap jawatan dalam kabinet kepada sebuah kapal yang sudah hamper tenggelam? Kalau isu jawatan yang menjadi target utama saya sudah lama saya memuji-muji kepimpinan UMNO dan BN. Budaya UMNO yang memuji di kasihi manakala yang menegur di sisihkan.

Niat saya ikhlas berjuang untuk melayu dan rakyat.

Monday, May 18, 2009

Kemelut Perak hanya selesai melalui pilihanraya semula

Krisis DUN Perak diikuti dengan pelbagai isu sampingan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi tempohari menunjukkan krisis ini adalah satu krisis perundangan yang dipolitikkan, bukan isu politik yang diperundang-undangkan.

Penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan kemelut Perak ialah untuk mengadakan pilihan raya DUN semula untuk mengembalikan pilihan kepada rakyat Perak untuk menentukan kerajaan yang sah dari segi undang- undang negeri.

Kemelut Perak, dimana Tun Mahathir mengatakan pihak Barisan Nasional bertindak dengan “terlalu gopoh’ dengan meminta Sultan Perak untuk mengosongkan jawatan Menteri Besar Perak yang dipegang oleh Datuk Nizar, untuk memberi laluan kepada pihak Barisan Nasional untuk melantik Datuk Zambry, selaku Menteri Besar untuk kerajaan BN.
Sila rujuk artikel di bawah:

Perak turmoil due to ‘rash’ decisions by Barisan

Former Prime Minister Dr Mahathir Mohamad said the political turmoil in Perak was the result of “rash” decisions undertaken by the Barisan Nasional to wrest the state from Pakatan Rakyat.

“The problems you see in Perak are because (BN) took some wrong steps. They should have asked the AG (attorney-general) on what is said in the law, then there would have been no problems.

“But because they didn’t follow the law, now there are all sorts of problems,” he said to a question during his lecture today on “Democracy and the Future Leadership of Malaysia”, organised by the Former People’s Representatives Council (Mubarak), at the Tun Hussien Onn Memorial in Kuala Lumpur.

Elaborating, Mahathir said that BN was “terlalu gopoh (too rash)” by not waiting for a state assembly sitting to rid Mohd Nizar Jamaluddin as menteri besar through a vote of no confidence.

“Instead, they asked the sultan to throw out the menteri besar. Some say that the Perak laws allow this, but to my knowledge, this is not the case. Nor does the Federal Constitution (allow this),” he said.

Resulting from this, Mahathir said that it was no surprise that Mohd Nizar and his cohorts refused to heed the sultan’s directive, thus setting off a chain reaction of lawsuits.

Mahathir, who clipped the powers of the royals during his reign as prime minister, also displayed disdain for royal intervention in Perak.
“This is also dangerous – if the sultan can get rid of a menteri besar or the Agong can get rid of the prime minister – susah kita (we’ll be in trouble).
“They (the rulers) have other interests. They don’t have our political interests in mind,” he said.

At a press conference later, Mahathir did not give a direct answer when asked if he meant that the BN takeover of Perak was unlawful.
“It is up to the legal people to decide. What I do know is that for a menteri besar to be removed, it is through a vote of no-confidence (in the state assembly),” he said.

Pelbagai pihak juga mengatakan tanpa syak, kemelut Perak ini secara langsung menidakkan peruntukan perundangan yang termaktub di dalam Perlembagaan, dimana secara tidak langsung memberi satu penghakisan keyakinan kepada rakyat mengenai sistem perundangan, sistem demokrasi dan sistem monarki berparlimen negara kita.
Selepas mengambilalih DUN Perak tidak secara peruntukan undang- undang, BN juga telah mengambilalih jawatan speaker DUN secara paksa, walaupun secara terangan speaker yang terdahulu ialah speaker yang sah. Juga, cara dan perlaksanaan untuk perlantikan speaker baru untuk mengantikan speaker lama tidak dilakukan berdasarkan prosedur yang termaktub.

Malahan perbalahan fizikal di DUN Perak tempohari begitu mengejutkan saya kerana tidak pernah saya menjangkakan kelaziman yang selalunya berlaku di Taiwan kini berlaku di tanahair kita. Tidak untuk menyebelahi sesiapa, tetapi perlakuan tersebut menunjukkan ahli DUN Perak samada BN atau Pakatan, tidak kurang perlakuan seperti monyet berebutkan pisang.

Kemelut ini yang kini berada di Mahkamah Rayuan untuk mendengar rayuan pihak BN untuk menghalang keputusan Mahkamah Tinggi yang telah mengesahkan jawatan Menteri Besar Perak ialah kepunyaan Datuk Nizar. Walaubagaimanapun, DS Najib selaku Perdana Menteri telah mengadakan kenyataan akhbar tidak menolak untuk mengadakan perbincangan sejurus selepas keputusan Mahkamah Rayuan diputuskan kelak.

Isu yang lebih penting, mengapakah pihak BN hanya mahu berunding dengan pihak Pakatan sejurus selepas keputusan Mahkamah Rayuan diputuskan? Apakah pihak BN akan mengotakan janji untuk berunding sekiranya keputusan Mahkamah Rayuan menyebelahi BN?
Adakah ini adalah satu helah untuk memastikan BN sentiasa berada di dalam keadaan berpeluang untuk berunding sekiranya keputusan mahkamah tidak menyebelahi BN? Adakah pelawaan perundingan ini bukan sebenarnya untuk kebaikan rakyat Perak tetapi survival politik BN di Perak?

Sekiranya perundigna ingin diadakan, ia perlu diadakan sekarang, Dan permohonan rayuan boleh ditarik balik dengan persetujuan kedua-dua belah pihak. Saya bersetuju dengan kenyataan Tengku Razaleigh www.razaleigh.com dan saya secara peribadi berpendapat, kemelut ini hanya boleh diselesaikan oleh rakyat Perak melalui pilihanraya semula.

Kegagalan pihak BN untuk menyakinkan rakyat Perak sekarang sekiranya bertindak untuk tidak membubarkan DUN untuk mengadakan pilihanraya semula akan menjadi satu “precedent” kepada keseluruhan rakyat Malaysia dan secara langsung akan lebih melemahkan UMNO dan BN secara amnya. Ketidakmahuan untuk mengadakan pilihanraya semula memperlihatkan seolah pihak BN takut kekalahan sekiranya ia diadakan semula.
Adakah kita bersedia untuk menjadi pembangkang sejurus selepas pilihanraya ke13? Ini persoalan yang perlu kita hayati dan selami.

Monday, May 11, 2009

Kabinet bukan pilihan Najib?

Saya ingin memohon maaf kepada pembaca kerana tidak menulis sekian lama, Ini adalah kerana saya mengambil pendekatan untuk memberikan ruang dan peluang kepada DS Najib Tun razak untuk menubuhkan kabinet baru dan melihat perubahan-perubahan yang akan beliau lakukan.

Selepas saya melakukan penelitian secara mendalam dan melihat serta mendengar pandangan umum melalui rakan-rakan dan rakyat serta ahli umno di peringkat akar umbi, saya masih tertanya-tanya apakah perubahan yang sebenarnya yang telah di lakukan oleh DS Najib Bin Tun Razak? Bagi saya hampir tiada sebarang perubahan yang di lakukan oleh beliau.

Berbalik kepada isu pokok iaitu rakyat mengharapkan perubahan, akan tetapi dari pemerhatian saya tiada perubahan besar yang berlaku dan saya melihat DS Najib akan menghadapi masalah yang sama dengan Pak Lah iaitu peranan orang-orang di kiri dan kanan mereka akan menjadi punca kepada kejatuhan mereka.
Saya mempunyai keyakinan yang tinggi DS Najib akan melakukan kesilapan yang hamper sama dengan Pak Lah sekiranya masih mengharapkan mereka-mereka yang hanya mementingkan diri sendiri dan mempunyai agenda-agenda peribadi untuk mempengaruhi pemerintahan beliau.

Saya ingin mengajak pembaca untuk menilai perlantikan Kabinet dan Ahli Majlis Tertinggi Parti, apa relevan nya individu-individu seperti Nazri Aziz, Ismail Sabri, Rais Yatim di lantik ke Kabinet? Ada dikalangan mereka ini yang sudah perlu di berikan rehat yang secukupnya untuk bersama keluarga dan telah berada terlalu lama di dalam kabinet.

Harus di ingat Umno terlalu berbangga dengan jumlah keahlian yang hamper tiga juta tetapi tiadakah mereka-mereka yang berkelayakan di kalangan 3 juta orang ahli ini untuk mengisi tempat-tempat kosong dalam kebinat yang di katakan amat-amat memerlukan perubahan dalam konteks untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang .
Berulang kali telah saya nyatakan bahawa perubahan amat-amat perlu di lakukan untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional memperoleh kemenangan dalam pilihanraya akan datang. Apa yang di lakukan oleh DS Najib pada pandangan mata kasar saya hanya akan menjerumuskan lagi Umno ke lembah kehancuran.Harus di ingat pemerhatian bukan hanya di buat oleh saya, seluruh mata rakyat sedang memerhatikan dan mengharapkan perubahan yang di war-war kan.
Dalam pemilihan parti yang lepas begitu ramai yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi Parti, dan Alhamdulillah segalanya telah selesai, tetapi harus di ingat jutaan ringgit (mungkin ratusan) telah di gunakan , memang persidangan telah selesai tetapi adakah perasaan terguris hati, dengki mendengki, iri hati yang timbul dari dari pemilihan dan perlantikan yang telah di lakukan telah selesai?.

Ramai antara mereka yang kalah atau tidak langsung bertanding dalam pemilihan telah di berikan tempat dalam kabinet ini pasti akan mengguris perasaan mereka-mereka yang menang atau sekurang-kurang mereka-mereka yang cukup pencalonan dan telah bertanding pasti akan terasa dengan perlantikan yang telah di lakukan.

Adalah lebih baik Ahli Majlis Teringgi Parti tidak di pertandingkan kerana ia lebih banyak mendatangkan kerosakkan. Kabinet yang ada seharusnya mencontohi tindakan Dato Shahril Samad yang meletak jawatan sebagai menteri apabila perdana menteri meletak jawatan ini bagi saya adalah tindakan yang cukup gentleman.
Saya ingin ingin mengulas beberapa perkara dalam perlantikan yang telah di lakukan. Antaranya perlantikan TS Rafidah Aziz sebagai Ali Majlis tertinggi parti sedangkan ada lagi nama-nama seperti Datuk Halimah Saddique atau mereka-mereka dari Puteri Umno yang lebih berkelayakan. Mengapa TS Rafidah masih dikekalkan , belum pun lagi Shahrizat menarik nafas lega dengan kemenangan sebagai ketua wanita dan kini lawannya pula di lantik untuk berada di pentas yang sama dengannya. Umum mengetahui yang mereka telah di laga-lagakan dalam satu petempuran yang hebat dalam pemilihan yang lalu dan kini Rafidah masih di kekalkan.

Tindakan ini seolah-olah mahu memberikan talian hayat kepada Rafidah untuk menentang Shahrizad, ini juga seolah-olah memperlihatkan yang DS Najib Tidak percaya dengan kemampuan Shahrizad untuk mengepalai Wanita.Timbul persoalan di fikiran saya adakah perlantikan rafidah adalah kerana beliau mengetahui banyak rahsia sehingga beliau perlu di kekalkan?

Banyak juga isu yang timbul berikutan dari perlantikan yang telah di buat dari pihak pemuda, Ketua Pemuda yang di pilih secara majority oleh perwakilan Pemuda tidak di lantik untuk menganggotai kabinet.Kita harus memandang secara kolektif isu ini apabila Naib Ketua Pemuda di pilih sebagai timbalan menteri manakala orang yang kalah menentang jawatan Ketua Pemuda juga di pilih sebagai Timbalan Menteri.
Memang betul DS Najib tidak perlu memilih Khairy Jamaludin menganggotai kabinet tetapi harus di ingat sedikit sebanyak isu ini akan membawa rakyat melihat yang wujudnya krisis dalaman dalam UMNO.

Apakah logika pemilihan Tan Sri Koh Soh Koon sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri? Beliau selaku Presiden Gerakan, parti komponen BN yang kalah di Pulau Pinang dan parti Gerakan lah yang melaung – laungkan isu meritokrasi, sekiranya mengikut meritokrasi, tidak patut beliau dilantik menjadi Menteri kerana Gerakan ialah parti komponen yang tidak popular.

Kalau sekiranya ingin mereka yang lebih berpengalaman mengapa tidak Tengku Razaleigh Hamzah di pilih? Beliau berkemampuan dengan puluhan tahun pengalaman dari segi poltik dan pengurusan. Beliau jugalah pengasas pelbagai syarikat – syarikat kerajaan seprti Petronas, Bank Bumiputera dan PERNAS. Beliau jugak tidak mempunyai baggage yang besar di kareer politik beliau. Tidak seperti kebanyakan pemimpin UMNO lain.
Bagi saya kabinet dan MT yang ada tidak lebih hanya seperti badut kerana gagal bersuara atau sekurang-kurangnya menyuarakan pandangan mereka kepada DS Najib.
Mengapakah pula TS Ali Rustam masih dikekalkan sebagai Ketua Menteri Melaka walaupun secara terangan beliau didapati bersalah atasan tuduhan politik wang ketika pemilihan agung UMNO? Ini tidak menunjukkan perubahan yang DS Najib lakukan adalah benar dan hanya sebagai wayang sahaja.

Perlantikan Mukhriz di lihat seperti seolah-olah DS Najib masih mengikut telunjuk Tun Mahathir, masih bergantung kepada Tun Mahathir dan seolah perlantikan Mukhriz ke kabinat adalah untuk menjaga hati Tun Mahathir. Bagi saya DS Najib perlu mengambil pendekatan tidak melantik sesiapa di kalangan Pemuda menganggotai Kabinet untuk memastikan tiada sebarang salah faham atau krisis timbul.Bagaimana dengan perasaan penyokong-penyokong Khairi Jamaludin apabila beliau tidak di lantik menganggotai kabinet? Adakah DS Najib memikirkan maruah Khairy Jamaludin sebagai Ketua Pemuda? Beliau di hina dan di ketawakan.Ingin saya tekankan di sini yang Khairy Jamaludin menang sebagai Ketua Pemuda secara di pilih oleh perwakilan.
Timbul juga persoalan di benak saya adakah wujud persetujuan di antara DS Najib dan Khairi Jamaludin yang KJ tidak perlu di lantik tetapi di benarkan meneruskan, mengekalkan atau menambah segala bentuk bisnes yang beliau ada? Kalau ini berlaku maka tidak sia-sia Khairy Jamaludin belajar di Oxford.

Umum mengetahui Pak Lah adalah seorang yang gagal sebagai pemimpin UMNO dan Negara tetapi mengapa orang yang gagal seperti Pak lah di lantik untuk menjadi penasihat beberapa GLC? Adakah ini cuma untuk menjaga hati belaiu maka kalau itu tujuan nya pasti akan hancur lah ekonomi negara.

Pak Lah adalah seorang yang gagal malah bertanggungjawab dengan tercalarnya maruah UMNO dalam pelihanraya yang lepas. Beliau telah berada terlalu lama dalam kabinet dan tiada sebarang pencapaian yang membanggakan yang beliau capai sehingga melayakkkan beliau untuk menjadi penasihat mana-mana GLC.
Dalam konteks pembaharuan dalam GLC ini adalah amat perlu muka-muka baru di tampilkan untuk menerajui GLC yang ada. Dimanakah mereka-mereka yang lebih layak untuk untuk berada dalam GLC ini?
Isu penghapusan 30% kuota bumiputra di 27 industri menampakkan DS Najib tidak berfikir akan implikasi mengenai perjuangan UMNO iaitu orang Melayu. Adakah keputusan ini dibuat untuk menggula-gula pengundi bukan Melayu? Tanpa melihat kesan yanbg akan mendatang untuk Negara secara keseluruhan? Bayangkan berates syarikat pelancongan Melayu akan gulung tikar akibat polisi ini. Bayangkanlah pula industri – industri lain...

Secara keseluruhan saya melihat ada juga tokoh-tokoh yang berkemampuan yang layak menganggotai kabinet seperti Datuk Hanifah Aman, Datuk Husni Hanadzlah dan Datuk Razali Ibrahim.

Kesimpulan yang ingin saya buat bagaimana DS Najib Tun Razak mampu untuk mentadbir negara sekiranya terlalu banyak hati yang perlu di jaga dan permintaan dan kehendak hati rakyat tidak di ambil kira.Saya masih mengharapkan perubahan secata total di laksanakan. Semua mereka yang di lantik ke cabinet perlu mengistiharkan harta dan latar belakang mereka di siasat sevara menyeluruh untuk mengelakkan masalah di masa hadapan.

Saya akan terus menulis dan terus memerhatikan dan mengharapkan perubahan demi satu perjuangan yang hakiki.