Thursday, February 5, 2009

Lompat si katak lompat

Episod 3 ADUN, dua dari PKR and satu DAP berserta satu dari UMNO kemudian ke PKR dan kemudian ke UMNO, telah membenarkan UMNO dan BN untuk menumbangkan kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat.

Yang pasti sebilangan pemimpin - pemimpin ini masih di dalam siasat BPR dan UMNO masih menerima mereka untuk bersekutu bersama Barisan Nasional dalam pembentukan Kerajaan Negeri Perak BN. Samada mereka ini bersalah atau tidak, dari segi undang - undang ini tidak menjadi persoalan tetapi yang lebih utama ialah kredibiliti mereka sebagai ADUN.

Rakyat mahukan pemimpin berkualiti. Pemimpin perlu memilih calon - calon yang mempunyai kredibiliti untuk berkhidmat dengan beliau. Orang - orang yang boleh bekerjasama yang berkualiti. Apakah kriteria - kriteria untuk memilih pemimpin yang berkualiti? Antara satu faktor utama ialah pemimpin harus tidak korup dan rasuah sama sekali. Ini adalah kerana rasuah dan korupsi adalah punca kepada segala kejahatan lain. Mereka yang masuk ke dalam parti begitu mudah, tapa melalui proses and tapisan. UMNO, pula pada masa yang sama membuang pemimpin yang bagus tetapi menerima pemimpin yang tidak berkualiti dari parti pembangkang.

Apakah peranan Lembaga disiplin umno di dalam menentukan siapa yang dibenarkan untuk menganggotai UMNO. Adakah UMNO perlu menerima orang yang pernah menghina UMNO kembali bersama UMNO? Perlukah UMNO menerima sebagai contohyna Kapten Zahar semula, sekiranya beliau ingin menganggotai UMNO? Manakala untuk kes seperti Datuk Harun, beliau yang secara teraang -terangan cuba memasuki semula UMNO selepas terbubarnya Semangat Semangat 46, hanya baru diterima menjadi ahli UMNO. Mengapa UMNo mengambil masa yang begitu lama untuk menerima arwah Datuk Harun kemblaik e pangkuan UMNO?

Ini secara jelas kelihatan UMNO lebih rela menerima orang - orang yang tidak berkualiti serta menderhakaberada di dalam parti UMNO. Oleh itu, untuk mengurangkan masalah dikemudian kelak. Adalah dicadangkan sekiranya ada ahli yang mahu keluar UMNO, secara automatik mereka terus dipecat daripada mengganggotai UMNO di masa kelak.

Ini adalah perlu kerana secara jelas ADUN yang melompat dari PKR ini menghadapi tuduhan rasuah dan sekiranya didapati bersalah, ini akan menimbulkan satu syak wasangka di dalam UMNO, yang mahu menerima ahli baru yang korup dan rasuah.

Ini yang pasti tidak memberi kelebihan pada parti, samada dari menambah kualiti kepada parti dan memberikan imej positif kepada rakyat mengenai UMNO. Keghairahan UMNO untuk menerima ahli - ahli bekas parti pembangkang dilihat sebagai satu langkah yang jelas menunjukkan UMNO itu gila kuasa. Kuasa itu dilihat menjadi satu perkara yang lebih penting dari prinsip.


Adakah ini satu keperluan untuk UMNO mengenepikan prinsip? Secara jelasnya, tidak tetapi mengapa perlu kita mengenepikan prinsip kita untuk kuasa? Adakah ini akan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO? Yakinlah, ia hanya akan lebih membuatkan rakyat makin meluat dan menyampah kepada UMNO.

UMNO yang kini menjadi mangsa akibat kegairahan segelintir pemimpin UMNO yang ingin mendapatkan kuasa secepat mungkin.Berdosa lah pemimpin - pemimpin yang gila kuasa dan mengenepikan asas serta prinsip perjuangan UMNO yang didukung oleh lebih 3 juta ahli dan berdosalah mereka kepada pengasas parti dan pejuang - pejuang UMNO yang mendukung perjuangan parti sejak tahun 1946.

Manakala untuk PKR pula, tindakan segera perlu diambil, kerana jelas kelihatan ADUN - ADUN dari PKR menggunakan kesempatan ini untuk mengugut parti PKR untuk mendapat habuan atau hasil dari krisis ini. Sekiranya ini berterusan, PKR pasti akan menjadi satu parti yag tiada beza dari UMNO kini.

Di dalam isu lompat melompat ini dapat dilihat kepentingan peribadi mengatasi kepentingan bersama dan pelompat bertindak seperti pelarian, iaitu menghindari dari orang ramai malahan daripada pengundi - pengundi mereka sendri seolah - olah nyawa mereka berada di dalam ancaman.

Kemudian pula, pelompat memberikan kenyataan yang amat berbeza sebelum dan selepas lompatan di buat yang jelas menampakkan mereka ini tidak boleh dipercayai. boleh kah UMNO menerima ADUN yang tidak boleh dipercayai? Lebih lagi tidak boleh dipercayai oleh rakyat?

Bolehkah rakyat memilih pemimpin yang lompat melompat semula sekiranya berlaku pilihanraya semula? Ini adalah persoalan yang perlu dijawab oleh sekalian rakyat jelata.

13 comments:

  1. Datuk,

    Ahli politik nier semua sama sajer...lain pak lain mak...tadi adik beradik.

    BN ka PR ka, sekoq tak boleh percaya.

    ReplyDelete
  2. Kenapa Sultan tak nak dissolve DUN? Saya tak paham. Apa komen Datuk?

    ReplyDelete
  3. Dato',

    WELL DONE!
    Keep up the good work!

    ReplyDelete
  4. datok bila nak lompat dato? atau dato tubuh je parti baru.

    ReplyDelete
  5. Perlu ada pilihan lain bagi rakyat sekarang, pr dan bn terlalu banyak berpolitik yang menjadi mangsa rakyat, nak berpolitik cuma masa pilihanraya, lepas pilihanraya bekerja lah untuk rakyat. jangan bagi rakyat hilang kepercayaan kepada pemimpin. undi rakyat satu amanah, bukan untuk di jual.

    ReplyDelete
  6. Apa pandangan Datuk,orang UMNO tiada kualiti bai Datuk buat parti baru je, PKR lagi tak boleh harap.

    ReplyDelete
  7. Dato' dalam penulisan Dato sebelum ni ada mencabar BN untuk mengadakan 3 lagi pilihanraya. Sekarang sudah ada 3 pilihanraya kecil, di Kedah, Perak dan Sabah. Dato' membuat cabaran seolah-olah Dato' telah mengetahui perkara ini akan berlaku. Adakah ini semua satu perancangan?

    ReplyDelete
  8. Excellant Dato'!. Keep up the good work. Hopefully people will open their eyes and minds to see what's going on with their leaders nowadays.

    ReplyDelete
  9. Apa dah jadi dengan kebanyakan pemimpin-pemimpin kita sekarang? Melompat ke sana sini sesuka hati asalkan imbuhan untuk diri sendiri dapat dinikmati. Mana hilangnya perjuangan untuk kepentingan rakyat? Yang dijumpa hanyalah perjuangan untuk diri sendiri...

    ReplyDelete
  10. anonymous>>> dato kadar dah jadi nujum pak belalang boleh ramal pilihanraya kecil.

    ReplyDelete
  11. buat parti baru je senang, umno dah x bleh di harap, pakatan pulak pembohong kuat. drama banyak sangat. rakyat ke mana duet kemana semua pikir diri sendiri, lakhnat semua org politik.

    ReplyDelete
  12. mana pulak 3 pilihanraya kecil? bukan 2 ke?

    ReplyDelete
  13. parlimen bkt gantang, dun bkt selambau, pensiangan sabah <<< keputusan mahkamah pensiangan Jumaat ni, maybe comfirm pilihanraya semula, so 3 lah pilihanraya kecil.

    ReplyDelete