Sunday, February 15, 2009

Minor Setback? Fikir semula.....

Melihat kepada keadaan yang berlaku kini, Barisan Nasional berada dalam satu situasi yang cukup kritikal.Barisan Nasional seolah-olah berada dalam keadaan huru hara..Selepas kekalahan memalukan di Parlimen Permatang Pauh dan Parlimen Kuala Terengganu serta keadaan politik semasa di Perak nyawa BN kini seperti telur di hujung tanduk.


Pimpinan BN dan UMNO saling tuduh menuduh antara satu sama lain dan menyalahkan satu sama lain.Sudah sampai masanya kita menyalahkan diri sendiri, sampai masanya semua pimpinan bermuhasabah diri, ini adalah kerana punca kegagalan Umno adalah kerana kegagalan dan kelemahan BN dan UMNO melaksanakan janji, sistem pengurusan yang tidak betul, manifesto yang gagal dan secara keseluruhannya kita gagal menambat hati rakyat dan pengundi muda khasnya.


Sepatutnya kita perlu redha dengan apa yang telah berlaku bukan seperti menegakkan benang yang basah,kita perlu insaf dan dengan segala kesilapan baik yang di sengajakan atau tidak di sengajakan.Kita perlu bertaubat dengan dengan semua dosa-dosa kita kepada rakyat.Kita perlu menunaikan semua janji-janji yang telah kita mungkiri kita perlu menunaikan amanah sebagai pemimpin kepada rakyat.


Melihat kepada perkembangan kini saya melihat pembohongan masih berterusan seolah ia sudah menjadi satu budaya yg semakin sukar untuk di buang, pemimpin umno berterusan melakukan pembohongan untuk menutup pembohongan yang yang lain. Kita harus sedar rakyat semakin matang pengundi semakin bijak memilih pemimpin.Generasi muda semakin berpendidikan untuk menilai yang mana jauhari yang mana manikam dan pandai memilih antara permata dan kaca.


Kini kita bakal menghadapi 3 lagi pilihanraya kecil satu Perak satu di Kedah dan insyaalah satu di Sabah. Dato Seri Najib Tun Razak selaku orang yang di sebut-sebut bakal mewarisi tampok pimpinan Umno Dan Bn perlu mengubah pendekatan untuk memenangi hati rakyat.Bagi saya kalau beliau masih gagal mempertahankan maruah Umno dan BN belaiu sewajarnya memikul tanggungjawab yang beliau telah gagal dan seharusnya meletak jawatan.


Kita seharusnya sedar yang Persidangan Agong Umno sudah terlalu hampir. Pimpinan UMNO masih cuba menggula gulakan ahli UMNO dan rakyat bahawa apa yang telah berlaku Cuma satu perkara kecil dan terkawal.Hakikatnya kita telah hilang kredibiliti di saat kita kalah dalam dua pilihanraya yang lalu. Kekalahan dua kali berturut-turut ini wajar di lihat apa yang yang dikatakann isyarat dari rakyat. Mesej yang ingin di sampaikan oelah rakyat majoriti adalah mudah, yang umno telah hilang kepercayaan dari rakyat. Ini semua berlaku kerana sifat bodoh sombong kita dan enggan menerima kekalahan.


Umno seharusnya sedar ia kini sudah menjadi minoriti bukan lagi majoriti kalau bukan kerana sokongan dari parti komponen BN di Sabah dan Sarawak pasti Umno Sudah menerima tempahan batu Nesan nya.


Kita kini di dalam dilema, pimpinan UMNO masih bermimpi di siang hari bukan sahaja di siang hari tetapi tidak keterlaluan kalau saya katakan yang pimpinan UMNO ini bermimpi setiap masa. Kita harus sedar isu pokok yang perlu untuk memenangi hati rakyat bukan lagi isu perkauman, bukan lagi isu remeh temeh tetapi isu kepimpinan yang paling utama dan rakyat mahu memilih yang terbaik untuk mereka.


Apa yang berlaku di Perak bagi saya adalah satu lagi perkara yang menjijikan.Ini berbalik semula kapada isu Pimpinan UMNO dan BN yang telah gagal menambat hati rakyat atas kesilapan dan kelemahan mereka sendiri telah menggunakan kuasa wang untuk menutup kelemahan.Tiga orang yang menyokong BN di Perak cukup menjadi bukti akibat dari kelemahan pimpinan BN memberi mereka kuasa untuk mendesak dan menawar. Jelas apabila apa yang mereka ingini mereka perolehi mereka bersama BN dan kalau keinginan mereka gagal di tunaikan berkemungkinan besar mereka akan menyeberang semula bersama Pakatan Rakyat. Budaya peras ugut mula menular dan benih-benihnya di tanam oleh pimpinan BN sendiri. Berapa lama keadaan ini harus berterusan?


Hakikatnya mereka yang menyeberang untuk menyokong BN ini adalah penderhaka! Dan kerana gila kuasa dan terlalu hadap , BN menerima dengan mudah mereka-mereka ini demi kepentingan peribadi.Mengapa perlu di ikut dengan agenda PKR yang cuba membudayakan politik lompat melompat? seumpama yahudi itu jahat dan kejam mengapa perlu di ikut? Sekiranya kita berkuasa, kita tidak perlu mengikut cara mereka, kalau diikut, kita tidak lebih baik daripada mereka ataupun dalam bahasa Inggeris “We are no better than them”.


Lompat ini dicipta oleh PKR dan kita pula sebagai BN menerima pendekatan dan mereka.

Ini bukan cara untuk menguasai negeri Perak kerana rakyat tidak dapat menerima ketidakadilan dan ‘reverse takeover’ dengan sedemikian rupa.

Mungkin kali ini kita berjaya tetapi kejayaan jangkamasa pendek tidak menjamin kejayaan masa depan.


“You can loose a battle but you have to win the war”. Ini adalah masalah kita sebagai satu parti BN. Dapatkan kita memenangi 3 pilihanraya kecil, satu di Kedah, satu di Perak dan satu di Sabah?


Setelah BN gagal di 2 pilihanraya kecil yang lalu. Persoalan yang sering timbul, mengapakah tiada muka baru yang dipercayai dan dihormati serta diyakini rakyat? Sekiranya pertukaran muka ini jugak tidak memberi kemenangan kepada BN, kita sebagai sebuah parti harus sedar dan yakin ini adalah masa untuk “menutup kedai”.


Ini tidak akan berlaku sekiranya pimpinan UMNO mahu memikirkan pandangan bernas orang lain. Tetapi pimpinan UMNO lebih suka untuk memikirkan dan menyelesaikan masalah diri mereka sendiri.


Pimpinan UMNO dan BN perlu bersatu dan memperbaiki kelemahan organisasi, moral dan sistem pentadbiran kita untuk kembali menambat hati rakyat.Kemenangan seharusnya di perolehi secara terhormat bukan dengan mencuri piala orang lain.Hati rakyat yang perlu di tambat bukan hati mereka-mereka yang menderhaka kepada rakyat.


UMNO dan BN perlulah sedar dan tidak cuba mengalihkan isu sebenar dengan perkataan seperti minor setback. UMNO dan BN kini perlu jangan bongkak, perlu merendah diri dan mengakui kesilapan untuk memenangi hati rakyat.

15 comments:

  1. Itu lah hakikatnya DSN, tidak berani bertarung berhadapan, baling batu sembunyi tangan! Siasat dan kajilah secara mendalam, segala onar dan petaka yang berlaku adalah berpunca dari DSN. Memanglah Pak Lah banyak melakukan kesilapan, tetapi sebagai Timbalan Perdana Menteri/Timb Presiden UMNO, beliau sepatutnya menasihati atau menghalang ianya dari berlaku. Kenyataannya, PM/Presiden in the waiting lebih sayangkan jawatan dari AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. Terlalu banyak jerangkap samar yang dipasang oleh DSN di Perak, jangan sampai beliau lupa dan memerangkap diri dan jentera2nya. Kita lihat sahaja, masa dan takdir akan menentukan nasib beliau..........

    ReplyDelete
  2. Dato, syabas satu paradigma yang dinamik, pandangan yang berani dan ikhlas. Memanglah pahit untuk menerima kenyataan.

    ReplyDelete
  3. najib memang x layak jadi pm dalam pak lah dok kata nak resign dah pun umno tetap kalah, ini bermakna bukan pak lah sahaja yang di benci rakyat pewaris nya juga x dapat di terima rakyat. gantikan saja dgn org lain.

    ReplyDelete
  4. dato ni ahli umno ke bukan? setahu saya Tun Sulaiman Ninam Shah tokoh besar dalam umno, mengapa dato menyebelahi pembangkang? fikirkan apa perasaan arwah dato kalu begini sikap dato

    ReplyDelete
  5. kalo kepala tidak betul, badan yang elok pun tiada guna..

    gantikan saja dengan kepala baru yang baik.

    ReplyDelete
  6. You can loose a battle but you have to win the war”

    Bagaimana BN nak menang 3 bukit kalau masih tidak berpijak di bumi yang nyata..

    Walaupun menang di Perak, BN kalah di hati rakyat.

    ReplyDelete
  7. UMNO/BN nier dah giler lah Datuk. Orang semua dah fedup dengan UMNO/BN.

    Even parents saya pun dah boleh sokong pembangkang. Sebab menyampah dengan pemimpin atasan UMNO.

    ReplyDelete
  8. Najib perlu mengambil tanggungjawab atas kekalahan BN dulu.

    Juga Najib perlu membersihkan namna beliau sebelum menjawat jawatan Presiden UMNO.

    Sanggupkah kita menerima pemimpin yang masih mempunyai isu yang belum selesai? Character yang mecurigakan?

    ReplyDelete
  9. Harun>>> sdr apa yg dato kadar kata tu dah memang betul, ape hal pulak nak libat Tun sulaiman pulak!! terima la kenyataan. berpijak lah di bumi yang nyata.

    ReplyDelete
  10. najib x layak, ali rustam x layak, muhyiddin x layak, semua x layak lahhh

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Dato', Nampak gayanya Sarawak juga akan mengadakan pilihanraya kecil.... Apa pendapat Dato', BN boleh menang ke? Dan ada tak calon BN yang boleh dipercayai, dihormati dan dapat diyakini oleh rakyat untuk diketengahkan oleh BN?

    ReplyDelete
  12. MANA ADA CALON BN YANG BOLEH DI HARAP LAH!

    ReplyDelete
  13. suriana, saya setuju dengan pandangan anda

    ReplyDelete
  14. (UMNO dan BN perlulah sedar dan tidak cuba mengalihkan isu sebenar dengan perkataan seperti minor setback. UMNO dan BN kini perlu jangan bongkak, perlu merendah diri dan mengakui kesilapan untuk memenangi hati rakyat. ) --- hakikat yang sebenar.

    ReplyDelete
  15. "kita sebagai sebuah parti harus sedar dan yakin ini adalah masa untuk “menutup kedai”.

    Ekonomi meleset bukan setakat perniagaan, malahan parti pun akan tutup kedai.

    bilakah BN akan sedar. Jangan sampai terlewat.

    ReplyDelete