Wednesday, January 28, 2009
Halang Mereka yang Disiasat.
Halang mereka yang disiasat - Alihbahasa artikel Malay Mail 28/1/09
"Bar All Being Investigated"
Operasi oleh SPRM di dalam isu politik wang UMNO menimbulkan lebih banyak persoalan yang menarik.
Ahli majlis Bahagian UMNO Muar, Datuk Kadar Shah Sulaiman berkata ketika tindakan SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) perlu dipuji, persoalan timbul bagaimana ahli – ahli UMNO ini dapat mempertahankan diri masing- masing di mahkamah.
“Perlembagaan UMNO mengatakan bahawa ahli UMNO tidak boleh membawa ahli – ahli UMNO yang lain ke mahkamah. Apa yang akan terjadi sekiranya ahli dituduh dan perlu mempertahankan diri mereka di mahkamah? Adakah ini akan memaksa mereka untuk membelakangi perlembagaan parti ketika mempertahankan diri masing – masing?” soal beliau.
“Sekiranya benar, dimana proses demokrasi di dalam parti” ujar beliau.
Kadar berkata, kenyataan timbalan presiden parti DS Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa ahli yang sedang disiasat masih boleh bertanding untuk jawatan parti perlulah dikaji semula.
“Katakan seorang ahli didapati bersalah selepas beliau memenangi jawatan pada Mac ini. Ini bermakna beliau terpaksa mengosongkan jawatan itu. Apa yang akan terjadi kepada jawatan ini? Adakah jawatan ini akan diisi atau bakal diadakan pemilihan semula?”
“Kenapa tidak kita adakan satu peraturan yang menghalang semua ahli yang disiasat daripada bertanding?” Secara tidak langsung, ini membolehkan mereka yang bersih untuk bertanding. Mahu tidak mahu, ini akan menjana satu imej yang lebih baik untuk UMNO and membina keyakinan rakyat terhadap parti.” tambah beliau.
Kadar menjelaskan beliau merasakan amat khuatir dengan masa depan parti, kerana kredibiliti parti terutama dengan pengunid muda telah berkurangan.
“Bagaimana kepimpinan parti dapat meyakinkan kembali rakyat apabila mereka membenarkan ahli –ahli mereka untuk disiasat diatas kesalahan politik wang untuk bertanding?”
“Adakah ia lebih berkredibiliti sekira mereka yang disiasat oleh SPRM dihalang dari bertanding sehingga mereka didapati tidak bersalah dari SPRM?” beliau bertanya.
Kadar menambah, UMNO perlu perubahan total bukan hanya perubahan kosmestik.
“UMNO perlu ketua dan pemimpin yangbersih dan tidak pentingkan diri sendiri. Situasi di dalam UMNO amat menakutkan. Saya merasakan UMNO perlu perubahan total. Kembali pada UMNO lama. Kembali kepada asal, kembali kepada perjuangan asal UMNO.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
umno perlu nafas baru, pemimpin baru, strategi baru, segala nye baru.saya setuju dgn pandangan datuk. FIKIR KAN MASA DEPAN UMNO.
ReplyDeleteGet it on. Kadar.
ReplyDeletemesej yang bagus, datuk...
ReplyDeletebila nak mai kedah?
Tubuh aje parti baru utk org melayu, habis cerita sekarang ahli umno sendiri malu nak mengaku ahli umno.
ReplyDeleteaku suka yg bawah ni
ReplyDelete>>>>>>>
Kadar menambah, UMNO perlu perubahan total bukan hanya perubahan kosmestik.
“UMNO perlu ketua dan pemimpin yangbersih dan tidak pentingkan diri sendiri. Situasi di dalam UMNO amat menakutkan. Saya merasakan UMNO perlu perubahan total. Kembali pada UMNO lama. Kembali kepada asal, kembali kepada perjuangan asal UMNO.”
Datuk,
ReplyDeleteSee you at Dons.
good try. keep on the good work, kadar.
ReplyDeleteDatuk berjiwa muda,
ReplyDeleteSaya tidak benci UMNO tapi saya benci disuruh suruh untuk saya pilih pemimpin saya. Ini amalan UMNO dalam pemilihan.
Saya tidak benci UMNO tapi saya benci lidah bercabang pemimpin UMNO
Saya tidak benci UMNO tapi saya benci duit pemimpin UMNO yang bertaburan. Saya tak makan rasuah.
Saya tidak benci UMNO, malah saya sayang UMNO dan sebab itu saya tinggal-tinggalkan UMNO dan menentang ketidakbetulan pemimpin saya agar kebangkitan nafas baru dan tenaga baru dari luar dan dalam UMNO berlaku untuk merubah UMNO.
Ahli UMNO kena bangkit berani terhadap pemimpin mereka kalau sayangkan UMNO.
Salam
Umno layu sebab pemimpin umno pentingkan diri sendiri. kepentingan melayu bukan lagi kepentingan utama.hala tuju umno makin kelam. generasi muda dah tak pilih umno. semua ke pkr atau pas. umno sudah hilang populariti. usahakan sesuatu supaya pemimpin dah halatuju umno kembali ke landasan yang benar
ReplyDeleteUMNO menyerahkan/memohon SPRM menjalankan siasatan setiap kes politik wang kerana bersesuaian dengan bidang kuasa SPRM. Ini akan dilihat UMNO lebih telus. Ianya akan memberi keadilan kepada ahli UMNO. Ahli UMNO dilarang membawa sebarang kes parti ke makhamah sebagai balasan UMNO juga tidak boleh membenarkan kes ahli parti dibawa ke makhamah oleh pihak ketiga tanpa arahan dari MT UMNO.
ReplyDelete