Friday, January 9, 2009

Istiharkan Persidangan Agong UMNO Tidak Sah Dan Di Batalkan


foto:Perhimpunan Agung UMNO 2006
Istiharkan Persidangan Agong UMNO Tidak Sah Dan Di Batalkan

Umum mungkin merasa agak keras kenyataan saya kali, tapi cadangan saya kali adalah releven berdasarkan kepada beberapa perkara yang seharusnya di lihat sebagai satu usaha untuk menyelamatkan Umno.

Ramai yang mengetahui wujudnya hampir 1000 aduan politik wang dan salah guna kuasa serta pelanggaran etika Pemilihan Agong Umno. Ramai juga yang telah di ambil tindakan kerana salah laku politik dan politik wang. Nama-nama seperti Datuk Mohd Zain Ismail, Datuk Ismail Hassan dan beberapa yang lain telah diambil tindakan kononnya di atas kesalahan yang telah mereka lakukan.

Hukuman-hukuman yang telah di laksanakan keatas mereka-mereka yang di katakan bersalah tadi telah mewujudkan satu fenomena kepincangan dalam pengurusan parti di peringkat bahagian.Cuba kita bayangkan beberapa jawatan dalam bahagian kini terpaksa di lantik pemangku kerana penjawat jawatan yang sebenar telah di kenakan tindakan tatatertib. Kekurangan tenaga dalam pengurusan parti di peringkat bahagian ini sedikit sebanyak telah menjejaskan imej parti.

Perlu kita selami juga perasaan ahli di peringkat akar umbi yang mungkin terguris dan kecewa apabila ada di kalangan pemimpin yang telah mereka pilih di kenakan tindakan. Bertitik tolak dari kekecewaan ini memungkinkan bilangan ahli yang kecewa dengan parti bakal bertambah dan bakal menjurus kepada penentangan secara senyap ahli parti sendiri kepada parti.

Majlis disiplin UMNO juga hilang kredibiliti apabila Majlis bekas wakil rakyat Malaysia atau MUBARAK telah mengeluarkan kenyataan menyifatkan Lembaga Disiplin UMNO sebagai badan yang paling lambat bertindak menangani masalah dalaman parti itu.Dalam kenyataan MUBARAK juga menyatakan tindakan ini seolah-olah sengaja di lakukan supaya kesalahan-kesalahan di lupakan.

Keberkesanan lembaga disiplin umno juga sedikit sebanyak menimbulkan keraguan kepada saya, ini adalah kerana seolah olah hanya ikan bilis yang di kenakan tindakan manakala jerung-jerung ganas terus membaham etika parti sewenang-wenangnya. Terlalu banyak kepincangan dan persoalan-persoalan dalam tindakan-tindakan yang di ambil.

Kenyataan-kenyataan Lembaga Disiplin Umno juga banyak yang memperjelaskan kepada kepincangan badan itu sendiri. Antaranya kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang menegaskan bahawa penggunaan blog untuk berkempen oleh calon yang bertanding dalam mana-mana pemilihan parti adalah bertentangan dengan Tataetika Ahli Umno. Menurut beliau lagi Tataetika Ahli Umno di bawah Perkara 5.3 dengan jelas menyebut bahawa sebarang penerbitan dan penggunaan media massa, elektronik atau internet untuk berkempen dianggap sebagai satu kesalahan.

Perkara itu menyebut bahawa menerbit, menyiar atau menulis apa-apa risalah, majalah, makallah, buku atau lain-lain karya secara langsung atau tidak langsung, yang mempunyai unsur-unsur menyokong, memfitnah, mencela, mengkeji atau mengandungi kenyataan palsu terhadap mana-mana Ahli parti yang disiarkan melalui media massa, elektronik atau internet dengan tujuan untuk mengelirukan seseorang berkenaan Ahli UMNO yang lain, mempengaruhi atau mendapat undi atau sokongan bagi pihaknya atau orang lain dalam mana-mana pemilihan parti.

Sekian banyak blog yang jelas di gunakan untuk mereka-mereka yang bertanding berkempen tetapi jelas tiada tindakan di ambil.

Masih banyak kes-kes yang belum di selesaikan oleh lembaga di siplin Umno ini, sedangkan temph pemilihan semakin dekat, sejauh mana keberkesanan Lembaga Disiplin ini menyiasat salah laku politik atau politik wang dalam tempoh yang amat terhad. Kita harus faham yang biasanya untuk memperolehi satu hasil siasatan yang berkualiti dah boleh di percayai sewajarnya siasatan di lakukan secara mendalam dengan bukti-bukti yang sahih dan saksi-saksi yang boleh di percayai. Sejauh mana kemampuan lembaga di siplin umno ini untuk melakukan siasatan juga boleh di pertikaikan.

Cadangan saya untuk menyelesaikan siasatan ini secara bermaruah dan tidak boleh di pertikaikan oleh sesiapa tubuhkan satu suruhjaya siasatan yang yang mempunyai kuasa penuh untuk membuat keputusan dan berkuasa penuh untuk mengambil tindakan. Suruhanjaya ini juga bertanggungjawab Menyelia semua mesyuarat Umno di peringkat akar umbi supaya ianya tidak lagi di pertikaikan.

Sehubungan dengan ini saya mencadangkan supaya keseluruhan mesyuarat Umno Bahagian yang di adakan tidak sah dan terbatal. Tubuhkan suruhanjaya yang berintegriti dan mempunyai kuasa penuh untuk menyelia, mempunyai kuasa penuh mengambil tindakan dan berkuasa penuh menjatuhkan hukuman tanpa perlu di rujuk atau meminta kebenaran dari sesiapa.

No comments:

Post a Comment