ISLAM YG DI PHOBIAKAN....
Saya agak terpanggil dalam beberapa isu berkaitan dengan islam dan peranan kita dalam menyuburkan syiar islam di muka bumi Allah ini. Beberapa pandangan dan idea ingin saya sampaikan kepada umum adalah untuk memperbaiki kelemahan dan memperkasakan proses perkembangan islam di negara kita
saya ingin sentuh peranan masjid sebagai bukan sahaja tempat untuk bersolat tetapi juga perlu di variasikan juga sebagai pusat ilmu, pusat perkembangan ilmiah dan rohani serta perlu di jadikan sebagai pusat perkembangan remaja.Remaja hari ini di lihat semakin menjauhi masjid, agak sukar untuk untuk melihat golongan ini berada di masjid kebelakangan ini. Di bawah ingin saya cadangkan beberapa perkara yang terlintas di fikiran saya yang mungkin mampu untuk mengimarahkan lagi masjid.
1.Jadikan masjid sebagai pusat ilmu.
Masjid seharusnya di kembangkan sebagai pusat ilmu dengan memiliki perpustakaan, bahan bacaan atau rujukan. Bukan sahaja buku-buku yang bersifat keagamaan malahan kembangkan juga dengan memiliki buku-buku yang berunsur pendidikan, bantu mereka yang tidak berkemampuan dengan menyediakan buku-buku rujukan sekolah dan mungkin juga masjid boleh di jadikan pusat tuisyen percuma kepada mereka-mereka yang memerlukan.
2.Jadikan masjid sebagai pusat kemasyarakatan.
Jadiakan masjid sebagai pusat interaksi masyarakat, adakan sesi perbincangan dengan ahli kariah ,kaunseling keluarga,
3.Masjid sebagai pusat Pengjuran Aktiviti.
Masjid seharusnya menganjurkan Pelbagai aktiviti untuk remaja tiada salahnya sekiranya masjid menganjurkan Aktiviti yang menjurus kepada minat para remaja masakini mungkin seperti mengajurkan sukan futsal dan sebagainya.
fungsi asal masjid sejak zaman Nabi.
1.Tempat Beribadat.
2.Tempat Bermesyuarat.
3.Tempat Menyelesaikan masalah masyarakat dan negara dan juga sebagai tempat untuk menjatuhkan hukuman.
4.institusi Pendidikan.
5.Balai Pertemuan.
6.Tempat memperdengarkan syair.(kegiatan kesusteraan)
7.tempat membincangkan ekonomi dan perdagangan.
8.Memutuskan keputusan Negara.
9.mengumumkan hal-hal penting berkaitan kehidupan masyarakat.
10.Asrama dan hotel Pengembara.
11.Perpustakaan.
12.Pejabat Baitulmal.
13.Markas tentera membincangkan strategi perang.
14 Melangsungkan perkahwinan dan solat jenazah.
15.Pusat Pentadbiran negara dan menerima perwakilan luar negara serta para tetamu.
Jelas di lihat betapa fungsi masjid pada zaman nabi lebih besar berbanding kini.
Siapa yang tentukan keadilan dalam berpoligami?
Peraturan demi peraturan yang diwujudkan di negara kita berhubung dengan poligami banyak yang tidak kena pada tempatnya. Kita memahami bahawa ianya diwujudkan bagi menjaga kebajikan dan keadilan untuk si isteri. Justeru itulah, dalam menjamin keadilan kepada kaum isteri, mahkamah Syariah tanahair mensyaratkan bagi seorang suami mendapat kebenaran isteri pertama terlebih dahulu sebelum berkahwin kali kedua. Peraturan yang ganjil yang rasanya tidak pernah disebut dalam mana-mana kitab fekah. Dalilnya ialah walaupun seorang suami itu berkahwin tanpa kebenaran isteri pertama,pernikahan beliau itu tetap sah. Itu sudah jelas menunjukkan betapa 'persetujuan isteri' samasekali tidak relevan. Khabarnya, hanya Perlis sahaja terkecuali dan tidak menerima pakai syarat ganjil ini.
Isu saya mudah terlalu banyak perkara yang sengaja kita susah payahkan , poligami saya ambil sebagai satu contoh dimana kita menyusahkan perkara yang sepatutnya senang. Islam itu indah , kalau kita berterusan menyusahkan perkara yang sepatutnya senang sampai bila pun persoalan ini tidak akan berakhir.
JAIS
Sebut sahaja tentang JAIS ramai yang mengetahui ianya membawa maksud Jabatan Agama Islam Selangor , apa yang saya lihat kini pemahaman JAIS kepada golongan masa kini seperti JAIS membawa makna KHALWAT atau TANGKAP BASAH.
Mentaliti masyarakat seperti dimomokan atau di gerunkan dengan perkataan JAIS ini.
Ingin saya perjelaskan peranan dan tanggungjawab sebenar Jais, Saya senaraikan di bawah peranan JAIS Mengikut pecahan Bahagian-bahagian dalam JAIS itu sendiri
Bahagian Pengurusan JAIS
Bahagian Pengurusan berfungsi untuk memberi perkhidmatan sokongan dengan cekap dan berkesan meliputi Unit Kewangan, Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan, Unit Pembangunan, Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Unit Perayaan Rasmi, Unit Perhubungan Awam dan Unit Kualiti.
Bahagian Pendidikan Islam.
Pendidikan Islam sebelum merdeka dilaksanakan melalui sekolah pondok persendirian, manakala selepas merdeka, perlaksanaannya adalah melalui sekolah agama sesi petang dan Sekolah Arab Majlis Agama Islam Selangor. Pada pertengahan tahun 1960-an, pendidikan tersebut diubah kepada sekolah agama kerajaan negeri. Pada masa kini, sistem pendidikan Islam telah dipertingkatkan dengan penubuhan Sekolah Agama Menengah (SAM) dan Sekolah Rendah Agama(SRA).SAM pula telah diambilalih oleh kerajaan persekutuan sebagai sekolah bantuan penuh kerajaan. Ini menjadikan tanggungjawab JAIS hanya tertumpu kepada Sekolah Rendah Agama(SRA), Sekolah Rendah Agama Integrasi(SRAI), Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam(TAKIS)dan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain(KAFA).
Bahagian Perundangan Keluarga.
Fokus utama Bahagian Perundangan Keluarga adalah untuk menyediakan kursus pembangunan kekeluargaan Islam meliputi kursus-kursus pra-perkahwinan, kemahiran kekeluargaan, kemahiran keibubapaan, perkhidmatan ibu hamil, perkhidmatan runding cara, kaunseling dan pemahaman Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 1984(No. 4 Tahun 1984). Bahagian ini juga melaksanakan pemantauan aduan keluarga, pengurusan data maklumat nikah, cerai dan rujuk, menyediakan perkhidmatan guaman syarie, khidmat nasihat dan pengurusan pentauliahan pendaftar, timbalan pendaftar dan penolong pendaftar, nikah, cerai dan rujuk dalam negeri Selangor.
Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan.
Bahagian Penguatkuasaan melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang dan pematuhan berkesan serta berusaha untuk mencegah kemungkaran dengan penuh tanggungjawab, berhikmah, berhemah, bertoleransi dan sabar. Aktiviti Bahagian Penguatkuasaan meliputi penerimaan aduan awam, melaksanakan tindakan siasatan dan menyediakan fail kes.
Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan.
Fokus utama Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan adalah untuk menangani penyelewengan akidah yang berpunca daripada ajaran sesat, menentukan kaedah dan prosedur penyediaan makanan halal dan mengawal bahan-bahan penerbitan keagamaan.
Bahagian Pengurusan Masjid.
Fokus utama Bahagian Pengurusan Masjid adalah untuk menjadikan masjid zon aman untuk beribadah dan mengadakan aktiviti membangun ummah.Ia juga untuk memastikan masjid-masjid dan surau-surau berada dalam keadaan baik dan selesa untuk umat Islam beribadat dan mengadakan program-program pengimarahan.
Bahagian Pengurusan Dakwah
Fokus utama Bahagian Pengurusan Dakwah adalah untuk menyampaikan dan meningkatkan kesedaran ajaran Islam kepada masyrakat Islam khususnya di Negeri Selangor. Antara aktiviti utama bahagian ini termasuklah pengurusan pentauliahan berceramah dan mengajar Al-Quran, pengurusan hal-ehwal pemantapan kesedaran berdakwah, kelas-kelas pengajian, ceramah-ceramah dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti dakwah secara bersama dengan badan-badan bukan kerajaan
Bahagian Perundangan syarak.
Bahagian Perundangan Syarak berperanan untuk menjalankan tugas-tugas pendakwaan terhadap mereka yang melakukan kesalahan di bawah undang-undang Islam yang berkuatkuasa di negeri Selangor dan juga mencadangkan pindaan atau penggubalan terhadap Enakmen Undang-undang Islam Negeri Selangor.
Jelas dari penerangan di atas JAIS mempunyai peranan yang cukup besar bukan sahaja sekadar tangkapan khalwat. Apa yang menarik minat minat saya adalah mengapa JAIS sendiri tidak mengambil langkah atau inisiatif untuk memberi penerangan dengan lebih lanjut berkaitan dengan peranan jabatan ini.
Golongan remaja masa kini sewajarnya di perjelaskan dengan lebih lanjut dengan peranan jabatan ini supaya golongan ini tidak seolah-olah gentar atau kecut apabila mendengar perkataan JAIS.
JAIS yang mempunyai bahagian penyelidikan dan pembangunan sewajarnya menyedari wujudnya masalah pemahaman tentang peranan JAIS itu sendiri. Sekurang-kurangnya JAIS mampu untuk mengemukakan hasil kajian atau penyelidikan mereka.
Khutbah Jumaat.
Sudah beberapa tahun saya mendengar khutbah yang hampir sama setiap jumaat.Satu langkah proaktif perlu di buat supaya khutbah jumaat itu sendiri di jadikan sebagai satu daya tarikan kepada golongan remaja untuk hadir ke masjid.
Khutbah jumaat perlu di sampaikan dengan lebih kreatif dan pengisisan ilmu yang berkesan. Kita perlu memikirkan keperluan mengikuti perkembangan semasa. Cara penyampaian juga perlu lebih terbuka, jangan di sekat biarkan khutbah Jumaat berkualiti dan telus agar objektif penyampaian khutbah jumaat tercapai.

No comments:
Post a Comment