Monday, January 5, 2009

Hudud dan Qisas serta Etika Kempen


Saya merasa agak kecewa dengan tindakan segelintir pimpinan Umno yang mempertikaikan pimpinan Pas yang ingin melaksanakan hukum Hudud dan Qisas jika memerintah negara ini, mengapa perlu kita mencampuri urusan PAS? Banyak lagi perkara yang sewajarnya kita perbincangkan misalnya wacana untuk memperkukuhkan parti dan mempertahankan dasar-dasar Kerajan Barisan Nasional(BN) yang telah di putuskan bersama untuk kebaikkan parti.

Mengapa tidak biarkan sahaja pas dengan agenda pelaksanaan Hudud dan Qisas di negeri-negeri di bawah pemerintahan mereka, kemudian kita lihat sejauh mana keberkesanan pelaksaanaan hukum Hudud dan Qisas tersebut. Perlu di ingat Hudud dan Qisas bukan sesuatu yang boleh semudahnya di permainkan.

Apa yang paling penting sekarang adalah tumpuan di berikan kepada usaha-usaha memperbaiki kelemahan parti, kalau parti kita sendiri masih lemah mengapa pula kita perlu mencampuri urusan parti lain.Lebih baik dan wajar kita menumpukan usaha untuk memperbaiki dan memperbetulkan diri sendiri sebelum cuba memperbetulkan pihak lain supaya tidak jadi seperti pepatah ibarat ketam mengajar anaknya berjalan .

Kita tidak layak utk membicara kan soal agama,yang mengkritik juga tidak layak untuk membicarakan persoalan Hudud dan Qisas sekiranya pelaksanaan hukam Dan Qisas Yang Ingin Di laksanakan oleh pas berjaya ianya berjaya mengapa tidak kita mengikuti langkah pelaksanaan pas.

Antara tumpuan yang harus di berikan adalah berkaitan dengan isu hampir 1000 aduan salah laku dalam pemilihan bahagian-bahagian , politik wang dan salah guna kuasa yang sedang berlaku dalam kempen merebut jawatan Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Parti.

Saya ingin mencadangkan supaya UMNO membubarkan sahaja Jawatan Kuasa Disiplin Parti yang tidak mempunyai system kerja yang sistematik ketika menjalankan siasatan dan aduan ahli parti.

Jawatankuasa Disisplin Parti sewajarnya mencontohi badan-badan siasatan Antarabangsa dan Badan Pencegah Rasuah untuk menjalankan siasatan dan di berikan kuasa mutlak untuk mengambil tindakan keatas mereka-mereka yang terlibat dalam politik wang dan penyalahgunaan kuasa tanpa memilih bulu.

Sekarang ini kita melihat banyak kes-kes yang tergantung dan Jawatankuasa ini seolah-olah lebih berminat untuk menyiasat golongan bawahan atau pimpinan di peringkat bahagian seperti terlepas pandang penyalahgunanan kuasa dan politik wang di peringkat tertinggi.

Perkara-perkara ini perlu di berikan tumpuan sepenuhnya supaya parti benar-benar bersih dan pimpinan yang bakal di pilih berintergriti dan di hormati semua pihak.

Ingin juga saya sentuh tentang amaran presiden Umno Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menegah calon-calon yang bertanding jawatan penting dalam UMNO mac depan supaya tidak mempergunakan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu untuk berkempen.Sewajarnya amaran tersebut di perluaskan kepada semua ejen-ejen calon kerana kebanyakkan calon mempunyai ejen yang bergerak bebas berkempen untuk mereka.

Sehingga kini saya melihat mereka masih tidak mematuhi arahan presiden tersebut sebaliknya kempen-kempen untuk pemilihan parti masih berleluasa untuk mendapatkan sokongan daripada perwakilan-perwakilan bahagian yang datang kononnya untuk membantu jentera pilihanraya BN.

Sewajarnya satu badan khas di wujudkan untuk mengawasi agen-agen kempen ini dan berindak mengambil tindakan drastik mengeluarkan mereka yang terbabit dari kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

Dalam buku etika parti bukan sahaja agen kempen boleh di ambil tindakan malahan calon yg di kempen juga boleh di kena kan tindakan. Seperti kes Tan Sri Isa Samad. Ada di kalangan menteri-menteri besar yang menawarkan darjah Datuk, contoh ketua bahagian muar yang menerima darjah datuk dari melaka sedangkan beliau orang Johor.


Seperkara lagi ingin saya nasihatkan supaya suara-suara sumbang yang masih mempertikaikan keputusan pucuk pimpinan parti dalam menentukan calon pilihanraya di parlimen Kuala Terengganu. Sepatutnya semua pihak harus akur dan sanggup mengenepikan perjuangan peribadi dan menumpukan sepenuhnya usaha untuk memenangkan BN dalam pilihanraya tersebut.

No comments:

Post a Comment