Tuesday, January 20, 2009

Analisis Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu





Dari awal lagi kekalahan Barisan Nasional di Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu sudah di ramal.Keputusan ini adalah satu keputusan yang sudah di jangkakan.Tidak salah kalau saya katakan kalau dalam pilihanraya kecil ini Parti Pas meletakkan batang pisang sekalipun ia akan menang.

Ramai yang memperkatakan isu calon dan Kekurangan sokongan dari pengundi bukan melayu menjadi antara faktor kekalahan Umno Dan barisan Nasional Dalam pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu. Bagi saya itu semua hanya faktor sampingan , punca kekalahan utama Umno dan Barisan Nasional adalah kerana Umno Dan Barisan Nasional sendiri sudah tidak releven dan Barisan Nasional sendiri sudah tidak lagi menjadi pilihan rakyat.Pimpinan Umno masih berdolak dalih dalam menutup punca kekalahan utama Umno dan BN.

Semasa zaman Tun Dr Mahathir menjadi Presiden Umno, ahli selalu di ingatkan supaya mengutamakan kepentingan Parti, Lupakan segala agenda-agenda kepentingan peribadi.Dan Umno pada ketika itu cukup komited memperjuangkan agenda parti. Apa yang berlaku kini jelas Ahli Umno sendiri sudah tidak menghormati dan mengutamakan kepentingan parti.
Ini berlaku jelas kerana Segelintir ahli tidak lagi menghormati parti, Kepentingan parti bukan lagi kepentingan utama bagi mereka. Kelemahan ini tidak seharusnya di tunding kepada mereka tetapi harus di lihat secara keseluruhannya.

Antara faktor utama kekalahan Umno Dan Barisan Nasional di Parlimen Kuala Terengganu harus diakui adalah kerana kecewa dengan corak kepimpinan Pak Lah dan Dato seri Najib Tun Razak Serta seluruh kepimpinan tertinggi Umno.

Dato seri Najib Tun Razak sewajarnya meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden umno dan semua jawatan dalam parti kerana beliau sebagai orang yang bertanggungjawab mengetuai jentera Barisan Nasional dan gagal dalam mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Sebagai seorang yang bertanggungjawab beliau harus dengan segera meletakkan semua jawatan beliau dalam Umno dan barisan Nasional.

Harus di ingat kekalahan ini bukan yang pertama, Umno dan BN telah menerima dua kekalahan berturut-turut. Kekalahan pertama Pada ogos lalu di Parlimen Permatang Pauh masih boleh di terima Ahli Umno kerana calon Umno merupakan calon underdog.Parlimen permatang pauh juga merupakan kubu kuat pembangkang, walaupun ianya kubu kuat pembangkang tetapi jelas kegagalan meraih undi untuk menawan permatang pauh tetap merupakan satu perkara yang membuktikan kelemahan B.N kerana jelas di lihat dalam pilihanraya Parlimen permatang Pauh Undi lawan bertambah. Kekalahan kedua di Parlimen Kuala Terengganu merupakan satu petanda jelas yang rakyat telah menolak Umno Dan Bn, Umno gagal mempertahankan kerusi sendiri.

Jelas di sini BN yang terdiri daripada 13 parti komponen, masih belum mengambil iktibar daripada kekalahan pada pilihan raya umum mac lalu, yang menyaksikan mereka hilang kuasa di lima negeri ke tangan pembangkang. Kekalahan kali kedua berturut-turut itu, selepas pilihan raya kecil Permatang Pauh Ogos lepas, memberi isyarat jelas kepada parti itu supaya tidak berpeluk tubuh dan hanya melihat sokongan terhadap Umno BN terus pudar.
Bagi saya mudah kekalahan ini harus di pikul oleh seluruh kepimpinan tertinggi UMNO. Jangan lagi memperkatakan ingin menyelidik atau mengadakan post mortem tentang kekalahan ini. Bagi saya jelas post mortem hanya di lakukan untuk menyiasat punca kekalahan , apa gunanya post mortem di buat kalau punca kekalahan telah di ketahui sebelum kehilangan kerusi Parlimen Kuala Terengganu lagi.jadi apa perlunya Post Mortem?

Kredibiliti Dato seri Najib sedikit sebanyak perlu di pertikaikan, dalam konteks Pak Lah sudah mengumumkan peralihan kuasa pun Barisan Nasional tetap kalah, ini jelas membuktikan bukan sahaja faktor Pak Lah Sebagai isu kelemahan parti tapi kini jelas Dato seri Najib Tun Razak Yang di katakan sebagai waris tampok pimpinan parti juga tidak dapat di terima rakyat.
Kesimpulannya satu perubahan drastik perlu di buat, seluruh Kabinet perlu di tukar gantikan kepimpinan parti dengan mereka-mereka yang lebih berkualiti dan dapat di terima rakyat seperti YBM Tengku Razaleigh Hamzah Dan Dato Seri Shahril Samad. Kalau sekiranya perubahan seperti ini tidak di lakukan dengan segera bermakna hanya tuhan sahaja yang mampu menyelamatkan UMNO .

Jangan lagi bertangguh dalam membuat perubahan , ahli Umno dan seluruh pucuk pimpinan parti seharusnya perlu berani melakukan perubahan. Umno kini umpama telur di hujung tanduk, umpama nyawa-nyawa ikan, umpama retak menanti belah.Malahan ada yang lebih berani mengatakan UMNO seperti umpama segan mati tak mahu. Ingatan saya mudah ahli perlu berani melakukan perubahan , siren kecemasan sudah di bunyikan Pak Lah selaku orang yang bertanggungjawab perlu melaksanakan perubahan dengan segera tanpa bertangguh, jika tidak Umno Bakal menjadi sejarah dalam pilihanraya umum yang akan datang.

18 comments:

  1. Salam Datuk,

    Kenapa tiada orang UMNO lain yang sebijak dan seberani Datuk?

    ReplyDelete
  2. Analisa yang tepat dan padat.

    Datuk,

    Bantulah kami untuk menyelamatkan UMNO. Kita tidak mempunyai masa lagi dah Datuk..

    ReplyDelete
  3. SYABAS DATUK,

    Nampaknya UMNO masih ada harapan sekiranya ada org seperti Datuk.

    ReplyDelete
  4. Perjuangan bukan sekadar kata-kata , terus kan usaha mu membantu menyelamatkan UMNO.

    ReplyDelete
  5. UMNO bukan tak kuat pimpinan yang lemah, buang je semua malaun yang mrosak umno abes cerita.

    ReplyDelete
  6. KUDOS to DKS,

    A sane guy with a sane solution.

    ReplyDelete
  7. KADAR,

    Please write more interesting stuff. Never thought you are this interesting.

    ReplyDelete
  8. damnit, your son have a cool dad. Wish my dad is as cool as you.

    ReplyDelete
  9. Itulah psl ADUN bota masuk PKR....

    ReplyDelete
  10. Mangkuk hayun from UMNO, you are part of the system. kamu pun korup ingin menegakkan benang yg basah..

    ReplyDelete
  11. The problem with UMNO is the people inside UMNO, thats includes you. you are part of the system and now you want to propogate change.

    You have no credibility Datuk. How can people follow, let alone beleive in you.

    ReplyDelete
  12. UMNO Muar,

    Kita perlu mengambil yg jernih dan membuang yg keruh. ya betul datuk ialah seorg yg tidak mempunyai kekuatan kredibiliti, dan komitmen beliau terhadap UMNO cuma kerana ayah beliau..

    dan juga org di Muar menganggap beliau sebagai satu orang yang tidak boleh diambil serius.

    tetapi cuba kita ketepikan perkara mengenai datuk dan apa yang diperkata oleh datuk.

    beliau mengatakan perkara yang benar dan mengambil risiko untuk mengatakan perkara tersebut.

    ternyata beliau berani. samada beliau benar itu bukan saya utk menentukan.

    ReplyDelete
  13. Aku rasa Tengku Nan lebih mempunyai kredibiliti dari Datuk Kadar Shah.

    ReplyDelete
  14. UMNO Muar,

    Please avoid in saying things which is not useful. We ought to give Kadar a round of applause since he is willing to say things which in beyond UMNO convention.

    What have you done? only whine...

    ReplyDelete
  15. Aku yakin Kadar is trying to solve UMNOs problem. Whether he is credible or not, time will tell.

    Is he capable, I guess there are more people that more capable than him but I have to say that hes brave enuff to say all this things.

    Dont forget, courage is not the same as capability and credibility.

    But he got balls. Do you got balls?

    ReplyDelete
  16. teruskan usahamu kadar, kami rakan-rakan menyokong perjuanganmu.

    ReplyDelete
  17. Persetankan orang-orang yang cemburu dengan kamu. Teruskan usahamu.

    kolonel sanders

    ReplyDelete
  18. Good job kadar! welcome to dunia tanpa sempadan.

    ReplyDelete