Monday, January 5, 2009

Ulasan penyertaan Dato KAPTEN(B) Zahar ke PAS

Ramai yang tertanya tanya berkaitan dengan penyertaan Dato Kapten (B) Zahar Hashim ke PAS. Saya ingin mengulas yang penyertaan beliau bukan sesuatu yang harus di pandang mudah.Umum mengetahui yang Datuk Kapt (B) Zahar telah di gantung dari UMNO selama 3 tahun atas alasan mengkritik pimpinan tertinggi parti.Bagi saya kritikan Datuk Kapt(B) Zahar hashim lebih kepada satu bentuk teguran untuk mendesak pihak pimpinan Negara menyiasat apa yang di katakan kemungkinan penyalahgunaan kuasa dalam pembelian Helicopter Eurocopter bagi menggantikan helicopter Nuri.

Pihak pimpinan parti seharusnya melihat penyertaan Kapten(b) Zahar sebagai sesuatu yang bukan boleh di pandang enteng. Harus di ingat yang Beliau merupakan seorang Ketua Bahagian yang cukup berpengaruh di Negeri Selangor.Bahagian yang di ketuai beliau juga mempunyai hampir 20 ribu orang ahli.Penyertaan beliau ke Pas juga hampir melumpuhkan terus UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan. Penyertaan beliau turut di sertai oleh 28 orang Ketua Cawangan Umno Dan juga turut di sertai oleh 13 orang Ahli JawatanKuasa Bahagian.

Saya amat kecewa dengan perkembangan ini, saya turut bimbang kenyataan-kenyataan berat sebelah yang di lontarkan kepada Kapten (B) Zahar oleh pimpinan Parti akan menyebabkan lebih ramai lagi ahli Umno mengikut jejak langkah Kapten (B) Zahar. Mengapa apabila Kapten (B) Zahar bertindak menyertai Pas pimpinan parti berlumba-lumba untuk membidas pemimpin tersebut secara melulu tanpa mahu mengambil inisiatif untuk mengkaji apa punca sebenar tindakan beliau.

Kesan yang paling ketara Umno di lihat sebagai sebuah Parti yang autokratik, tidak boleh di tegur atau di kritik. Dimanakah letaknya dasar keterbukaan dalam Parti. Seharusnya pimpinan parti mengambil iktibar dari kekalahan mengaibkan UMNO dan barisan Nasional di 5 Buah Negeri. UMNO kini bukan lagi sebuah Parti yang popular dalam meraih penyertaan ahli-ahli baru.Golongan muda lebih cenderung untuk menyertai Parti-parti yang mampu membawa misi dan visi mereka jesteru itu tindakan menggantung Dato Kapten Zahar adalah seolah olah mengambil satu langkah ke belakang.

Kita juga sewajarnya melihat tindakan penggantungan Kapt (B) Zahar sebagai sesuatu titik hitam dalam demokrasi parti. Tindakan ini menjadikan Umno terus ketinggalan dalam proses penyuburan demokrasi parti. Mana mungkin pimpinan parti langsung tidak boleh di kritik atau di tegur kerana ini akan menakutkan ahli dan kita akan terus mewujudkan generasi penakut dan tidak mampu untuk melakukan perubahan.

Cuba kita lihat apa yang berlaku sekarang di saat kita sedang berusaha untuk memastikan kemenangan calon Umno di Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Umpama rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi. Ramai yang masih memperkatakan tentang calon mana yang layak dan yang mana yang tidak layak sedangkan pucuk pimpinan parti telah membuat keputusan bahawa calon yang bertanding adalah Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh ini memperlihatkan dengan melakukan tindakan-tindakan seperti penggantungan kapten zahar telah juga mewujudkan generasi umno yang tidak menghormati keputusan pimpinan umno.

Umum harus memahami bahawa Kapten (B) Zahar hanya mengemukakan surat kepada Perdana Menteri untuk mendapatkan penjelasan, Hanya kerana menulis surat untuk mendapatkan penjelasan dan beliau di gantung. Dimakah kewajaran tindakan yang sedemikian rupa. Siasatan secara menyeluruh seharusnya di lakukan bukan nya menggantung beliau.

Kesimpulannya adalah satu pembohongan jika Tindakan Kapten (B) Zahar tidak memberikan sebarang impak kepada UMNO. Penyertaan Kapten Zahar adalah satu tamparan hebat kepada Umno dalam usaha untuk merampas kembali Selangor dalam pilihanraya yang akan datang

No comments:

Post a Comment