Perkembangan politik semasa cukup menarik untuk saya perkatakan kali ini. Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Nasarudin Hashim keluar dari Umno untuk menyertai dan menyertai PKR membuktikan apa yang berlaku semakin menyerlahkan dan mengiyakan lagi penulisan-penulisan saya sebelum ini.
Dengan penyertaan YB Bota ini, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang dianggotai DAP, PAS dan PKR mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala BN 27 kerusi iaitu 26 Umno dan satu MCA.
Apa yang menarik minat saya adalah apabila YB Nasarudin Hashim menyertai PKR , berebut-rebut Menteri-menteri kabinet terutama dari Umno menyerang balas tindakan YB Nasarudin ini. Ayat-ayat yang di gunakan mereka masih sama iaitu UMNO tidak terjejas atau UMNO masih kuat. Ayat-ayat ini juga di gunakan semasa penyertaan Dato Kapten Zahar Mantan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan ke Pas.
Hampir Tergelak saya membaca kenyataan-kenyataan menteri-menteri ini kerana mereka-mereka ini lah yang sebenarnya menjadi punca kepada perpecahan dan ketidakstabilan dalam parti hari ini.Mereka bercakap seolah-olah bercakap tak serupa bikin atau lebih ideal saya gunakan pepatah mengetuk dulang paku serpih mengata orang mereka yang lebih.
Mereka-mereka yang memberi kenyataan hanya pandai menjaga kepentingan peribadi.Mereka hanya risaukan kedudukan mereka. Saya punyai keyakinan Pimpinan Umno Ini sedar akan kesilapan mereka tetapi tidak mahu mengakui kesilapan mereka dan lantaran itu mana mungkin kesilapan mereka dapat di perbaiki.
Mereka-mereka ini masih terus bermimpi di siang hari, mereka-mereka ini seolah-olah hanya memerhatikan kehancuran Umno. Mereka semua merasakan yang PWTC milik mereka, mereka merasakan TELEKOM,TENAGA,MAS,UTUSAN dan segala harta Umno milik mereka.
Mereka merasakan mereka masih berada dalam situasi yang cukup selesa tanpa menyedari yang Umno sudah menuju ke gerbang kehancuran.Lihat sahaja gaya hidup Menteri-menteri kabinet ini, Rumah bak mahligai, anak-anak belajar di luar Negara,kereta-kereta mewah, melancong di pusat-pusat perjudian terkenal dunia.Perbelanjaan-perbelanjaan mereka melebihi kemampuan.
Pimpinan Umno ini mengutamakan kepentingan peribadi lebih dari kepentingan Parti.Cakap-cakap yang akan ada lagi pimpinan Umno keluar menyertai Pembangkang semakin kuat kedengaran. Sampai bila ini akan berlaku?
Pada pilihanraya yang lepas Barisan Nasional telah kalah di lima buah negeri dan satu wilayah. Di lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia kemenangan Barisan Nasional adalah tipis.
Walaupun Barisan Nasional menang di peringkat pusat tetapi gagal mendapat majoriti dua pertiga daripada kerusi Dewan Rakyat seperti yang biasa dimenangi sejak merdeka oleh Perikatan dan Barisan Nasional.
Umum akui bahawa ada mesej yang hendak dihantar kepada Barisan Nasional dan pemimpinnya oleh pengundi. Tetapi hingga sekarang ternampak jelas bahawa pemimpin Barisan Nasional terutama Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, tidak dapat memahami mesej yang dihantar atau tidak tahu mentafsir mesej berkenaan.
Di sini saya sertakan petikan ucapan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang di siarkan media sebelum pilihanraya parlimen Kuala Terengganu
“Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini amat penting sebagai bukti menunjukkan kebangkitan parti itu selepas kekalahan BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Ogos lalu.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyifatkan kemenangan di Kuala Terengganu kelak sebagai sesuatu yang amat penting untuk masa depan Umno.
'Kita mesti menang sebab kita nak jadikan kemenangan ini sebagai satu titik permulaan BN dan Umno untuk bangkit daripada kekalahan di Permatang Pauh,' katanya ketika berucap pada majlis penutup Pemukiman Umno Terengganu dan pelancaran jentera pilihan raya kecil Kuala Terengganu di Taman Tamadun Islam di sini, lewat kelmarin.
Datuk Seri Najib, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata kemenangan yang bakal diraih oleh BN itu juga merupakan satu isyarat kepada semua pihak bahawa rakyat memilih sebuah parti yang boleh membela hidup dan masa depan mereka.
'Kita nak bagi isyarat yang jelas kepada negara dan satu dunia yang rakyat negara ini memilih BN sebagai parti mereka,' katanya.”
Sudah jelas Umno dan BN tidak di terima majoriti rakyat di Kuala Terengganu.Apa lagi yang hendak di bukti kan?
Saya ingin mengambil kesempatan ini ini untuk mencabar Umno Dan Barisan Nasional kalau benar Umno DAN BN masih kuat apa kata diadakan 3 lagi pilihanraya kecil untuk menguji kemampuan dan kekuatan kita.Adakan pilihanraya kecil di Satu Parlimen di Kedah, satu di Sabah dan satu di Pahang untuk memperlihatkan kekuatan Umno dan BN. Kalau BN menang ini akan memperlihatkan UMNO dan BN mampu untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang yang akan datang.
Tak payah cabar lah Datuk,
ReplyDeleteCkp tak serupa bikin lah youni.
sahut je la cabaran tu bengong punya umno
ReplyDeletePKR DAPAT PEMIMPIN YG DAH TAK LAKU DAH NAK MAMPUS. SO BUAT APER NAK HERAN.DORANG YG JOIN PKR TU MEREKA2 YG KECEWA MACAM DATUK KADAR JUGAK.
ReplyDelete