Tuesday, March 3, 2009

Ucapan Datuk Kadar Shah pada 3 March 20008 di One world Hotel

Assalamualaikum wbt,

Pertama sekali saya ingin mengalukan kehadiran tuan – tuan dan puan – puan terutamanya pihak media yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis sidang media ini.

Tujuan utama sidang media ini diadakan adalah untuk memaklumkan bahawa saya akan mengambil satu tindakan drastik terhadap UMNO bukan bertujuan untuk menjahanamkan UMNO, menghina atau memperlekehkan tetapi untuk memperbetulkan UMNO supaya UMNO tidak dipertikaikan atau hilang kredibilitinya dan tidak dihormati oleh ahli-ahli, orang orang Melayu, rakyat dan pembangkang.

Pelbagai krisis yang berlaku telah mencemarkan imej UMNO, orang Melayu khasnya telah mula menjauhkan diri dari UMNO. Rakyat pula semakin hilang kepercayaan kepada kepimpinan UMNO.

Tujuan utama sidang media ini diadakan adalah untuk memperkatakan isu laporan saya dan sahabat saya, Datuk Mazlan Harun kepada BPR berkaitan dengan isu politik wang dan penyalahgunaan kuasa ke atas Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pada 4 September 2008 di pejabat BPR Wilayah Persekutuan.

Sehingga kini, tidak ada satu tindakbalas positif ke atas kes yang telah dilaporkan oleh saya dan Datuk Mazlan Harun. Oleh kerana Perdana Menteri telah berjaya menubuhkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia yang diwar – warkan berkredibiliti dan boleh dipercayai maka saya ingin agar laporan yang telah dibuat disiasat dengan segera.

(Rujuk Sinar Harian)

Dalam laporan akhbar Perdana Menteri menyatakan bahawa kes salahlaku dan politik wang dalam pemilihan UMNO telah ditutup.

Persoalan saya bagaimana beliau yang menentukan bahawa segala laporan dan kes tersebut ditutup sedangkan saya sebagai salah seorang pengadu bersama Datuk Mazlan Harun tidak langsung dipanggil untuk memberi keterangan.

Persoalan kedua yang saya ingin timbulkan bagaimana UMNO yang mempunyai jawatankuasa disiplin parti menyerahkan kepada BPR untuk menyiasat segala laporan yang berkaitan dengan pemilihan, sedangkan di dalam perlembagaan UMNO, mengatakan bahawa ahli-ahli UMNO tidak boleh dibawa kes - kes ke mahkamah.

Dato’ Seri Tengku Adnan selaku Setiausaha Agung UMNO telah mengeluarkan kenyataan dimana semua kes – kes yang menglibatkan salah guna kuasa dan politik wang di dalam UMNO perlu diselesaikan sebelum persidangan pemilihan agung UMNO di jalankan. pada 24 Mac 2009.

Saya menganggap kenyataan Tengku Adnan lebih kepada satu percubaan untuk menyelamatkan UMNO. .Tengku Adnan telah secara jelas mengatakan semua kes perlu di selesaikan sebelum pemilihan supaya beliau tidak boleh di persalahkan sebagai Setiausaha Agong Umno sekiranya ada pihak lain mengambil tindakan terhadap Umno.

Oleh kerana itu, saya serta Datuk Mazlan Harun akan mengkaji untuk mengambil Injuksi mahkamah sekiranya UMNO belum habis menyelesaikan kes salah laku dan politik wang sebelum persidangan diadakan dan juga segala permintaan-permintaan saya seperti yang saya sebutkan di atas tadi tidak diambil tindakan.

Dan seterusnya saya meyerahkan majlis ini kepada Datuk Mazlan Harun untuk memperjelaskan lagi berkaitan dengan sidang media ini.

No comments:

Post a Comment