Wednesday, June 17, 2009

Mengapa Saya menyelamatkan Manohara.










Mengapa Saya menyelamatkan Manohara.

Terlalu banyak spekulasi berkaitan dengan Manohara. Belbagai pandangan dan pendapat serta kritikan yang saya terima berkaitan dengan penglibatan saya untuk membantu membebaskan Manohara Odelia pinot daripada suaminya Tengku Fakhry.

Dalam penulisan kali ini ingin saya perjelaskan perkara sebenar yang berlaku dan juga niat baik saya untuk Membebaskan Manohara. Bagi rakyat malaysia yang berada di Indonesia terutama para peniaga peniaga mengetahui bahawa kes Manohara ini telah menimbulkan satu kegemparan yang besar terutama di republik Indonesia. Ribuan rakyat Indonesia membanjiri Kedutaan Malaysia di Indonesia untuk menyatakan protes mereka kepada kerajaan Malaysia di Indonesia.

Keadaan kritikal ini telah menyebabkan demontrasi besar-besaran diadakan, Bendera yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia turut di turunkan dan di bakar di Indonesia. Ada usaha-usaha di jalankan oleh pihak-pihak tertentu dari kalangan rakyat Indonesia yang cuba mempengaruhi persatuan-persatuan dan parti politik di Indonesia untuk memutuskan hubungan antara Malaysia dan Indonesia. Bukan niat saya untuk menghasut Rakyat Malaysia membenci Indonesia tetapi ini adalah gambaran sebenar apa yang telah berlaku dari pada kes Manohara ini.

Saya mempunyai rangkaian perniagaan, rakan rakan serta saudara mara di Indonesia dan saya sendiri merasa terancam dengan kehangatan kes Manohara ini di Jakarta.

Apabila saya di tanya oleh Tengku Fakhry sama ada saya boleh membantu beliau untuk menyelesaikan masalah barkaitan beliau dan isteri beliau Manohara saya merasakan ini adalah satu peluang kepada saya untuk melaksanakan tanggungjawab saya membantu beliau dan isterinya dan juga yang paling penting adalah untuk menjernihkan hubungan kedua-dua buah negara yang serumpun.

Pada awalnya segala-galanya gelap bagi saya kerana saya sendiri tidak pasti apa yang sebenarnya berlaku. Saya juga tertanya tanya mengapa perkara sebegini boleh berlaku.Atas dasar tanggungjawab dan perasaan ingin membantu saya telah memaklumkan kepada Tengku Fakhry saya akan cuba membantu tetapi dengan syarat saya perlu terlebih dahulu mendengar cerita dari pihak beliau dan juga dari pihak ibu manohara dan saya perlu membuat analisis dan kemudian barulah saya boleh menjadi perunding untuk membantu menyelesaikan krisis ini.

Semasa saya mendengar kisah dari versi Tengku Fakhry saya telah mengajukan persoalan kepada Tengku Fakhry mengapa tidak Ibu Daisy(Ibu Manohara) sendiri berhubung dengan Manohara? Walaupun Manohara adalah isteri kepada Tengku Fakhry harus di ingat yang Manohara juga adalah anak kepada Ibu Daisy. Bagi saya apabila berlakunya sebuah perkahwinan setiap pasangan itu bukan sahaja berkahwin dengan pasangannya tetapi juga berkahwin dengan keluarga pasangannya.

Tengku Fakhry telah menerangkan kepada saya yang dia tidak mahu ibu Daisy meracuni fikiran anaknya Manohara serta menghasut isteri beliau. Beliau juga takut yang isteri beliau manohara di culik atau di rampas dari beliau. Pada ketika ini saya sudah merasakan ada perkara yang tidak masuk akal kerana mana mungkin manohara di culik keluar dari istana kerana kawalan yang sangat ketat dan pasportnya juga di pegang oleh Tengku Fakhry.

Perkara kedua yang tidak masuk akal di fikiran saya mengapa Pejabat Perdana Menteri dan perdana Menteri sendiri tidak mengetahui yang Ibu Daisy di halang dari memasuki Malaysia, beliau bukan seorang pengganas atau pun menyalahi mana-mana peraturan dalam seksyen 8 akta imigresen.

Bertitik tolak dari itu timbul persoalan di benak saya pasti ada yang tidak kena dengan perbuatan Tengku fakhry menghalang kemasukan Ibu Daisy dari berhubung dengan anaknya Manohara.

Sebagai seorang bapa tunggal sekiranya saya tidak dapat berhubung dengan anak perempuan saya sekurang-kuarangnya seminggu sekali fikiran saya akan runsing tidak mungkin dapat saya melelapkan mata kerana takut risau apa-apa belaku kepada anak saya.Kalau saya terbaca di dada akhbar adanya berlaku kebakaran atau kemalangan secara spontan akan menjadi risau walaupun ianya tiada kaitan dengan anak saya dan kebakaran atau kemalangan itu berlaku beratus kilometer dari tempat anak saya tinggal. Ini adalah naluri seorang ayah yang sayangkan anaknya.

Cuba para pembaca bayangkan pula bagaimana naluri dan kerisauan seorang ibu?

Ada di kalangan ibu-ibu yang telalu sayangkan anaknya sehinggakan sanggup terbang ke luar Negara bertemu dengan anaknya sekiranya anaknya sakit walaupun sekadar demam biasa.

Dalam kes manohara selama 3 bulan Ibu Daisy tidak dapat mendengar suara apatah lagi berjumpa dengan anaknya dan dari maklumat yang di perolehi dari orang tengah menyatakan kepada Ibu Daisy yang manohara sering menangis dan menderita.Kalau sekiranya para pembaca berada dalam situasi ini cuba bayangkan perasaan anda sebagai ibu.

Bagi saya betul atau tidak yang manohara tersiksa dan sering menangis bukan persoalan utama. Yang penting adalah seorang ibu yang sudah 3 bulan tidak berbual atau bertemu dengan anaknya. Kerinduan diantara mereka menyentuh perasaan saya.

Sebagai insan yang bertanggungjawab, saya telah menerima tanggungjawab ini untuk membantu keluarga Ibu Daisy dan juga Manohara. Saya juga mengenali keluarga ini secara peribadi.

Selepas mendapat penjelasan dari Tengku Fakhry saya telah terbang ke Jakarta untuk bertemu dengan Ibu Daisy dan mendapatkan penjelasan dari beliau. Ketika ini saya telah di sajikan dengan pelbagai cerita-cerita yang memburukkan Ibu Daisy. Ada di antara yang menyatakan kepada saya agar tidak mempercayai Ibu Daisy dan malahan ada yang menuduh ibu daisy telah menjual anaknya dan Ibu Daisy juga adalah seorang yang mempunyai bebanan hutang yang banyak dan juga banyak tuduhan-tuduhan lain.

Saya tidak berminat untuk mendengar spekulasi dan tuduhan-tuduhan yang di lemparkan kepada Ibu Daisy.Kerana bagi saya perkara utama iaitu menyelesaikan krisis ini adalah keutamaan bagi saya.Apa yang penting seorang anak di pertemukan dengan ibunya

Dalam pertemuan saya dengan Ibu Daisy beliau telah menyatakan kepada saya beliau hanya ingin bertemu dan berbicara dengan anaknya. Hanya itu permintaan beliau.

Setelah mendengar kisah versi kedua dua belah pihak saya telah bersetuju untuk menjadi orang tengah bagi membantu menyelesaikan konflik kedua-dua belah pihak dan saya juga telah mendapat restu kedua-dua pihak untuk menjadi orang tengah yang cuba menyelesaikan masalah ini.

Semasa di singapura saya telah terpaksa membuat satu keputusan drastik atas dasar ingin mempertemukan seorang ibu dan anaknya. Saya juga beranggapan pada ketika itu lebih lama Manohara bersama dengan Tengku Fakhry akan menjadi satu liabiliti kepada pihak Istana Kelantan. Seperti yang semua sedia maklum isu Manohara juga buka sahaja telah menjejaskan imej negara tetapi juga telah mencemar kerabat Di Raja Kelantan.

Pada saat itu selepas mendengar hujah-hujah dari Tengku Fakhry memang Tengku Fakhry tidak mahu Manohara bertemu dengan Ibu nya.Alasan Tengku Fakhry pada ketika itu adalah kerana beliau telah terluka dengan kenyataan-kenyataan yang telah di buat oleh ibu Daisy.Saya cuba mendapatkan kepastian bilakah gerangan nya tengku Fakhry akan membenarkan Manohara bertemu ibu Daisy dan bagi saya jelas beliau tidak mahu mempertemukan mereka. Saya terpaksa mengambil keputusan sendiri demi mempertemukan anak dan ibunya tadi setelah Tenggu Fakhry gagal memberikan tempoh yang tetap untuk mempertemukan Manohara dan Ibunya.

Hakikat yang sebenarnya bukan saya melarikan Manohara tetapi mempertemukan seorang ibu dengan anaknya yang sudah terlalu merindui antara satu sama lain.

Bagi saya selepas peristiwa di singapura bukan lagi tanggungjawab saya. Tanggungjawab saya mempertemukan seorang anak dan ibu telah tercapai.

Selagi manohara berada di bawah kawalan Tengku Fakhry selagi itu Manohara akan berada dalam kesusahan. Kehidupan Manohara umpama di penjara yang tidak memungkin dia bebas. Kemana harus Manohara mengadu? Bukan nya beliau mampu menjerit meminta bantuan atau lari ke balai polis yang berhampiran kerana Manohara setiap masa berada dalam kawalan.

Beliau tidak mungkin lari dengan ketiadaan wang, pengangkutan dan passport cuba pembaca bayangkan keadaan Manohara.

Maafkan saya kalau ada yang beranggapan saya telah mencemarkan imej negara tetapi apa yang saya lakukan ikhlas untuk empertemukan seorang ibu dan ananya dan mahu agar hubungan erat kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia terpelihara dan bagi saya ia adalah masalah suami isteri.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak-pihak tertentu dan juga pihak Polis Singapura , kedutaan Amerika serta teman-teman di singapura yang tidak dapat saya sebutkan di sini.

Janganlah saya di persalahkan atau dianggap sebagai pagar makan padi kerana ia sebenarnya adalah isu perikemanusiaan. Saya juga tidak memihak kepada mana-mana pihak hanya mahu seorang ibu di pertemukan dengan anaknya.Hanya ALLAH yang mengetahui niat dan keikhlasan saya.bagi saya apa yang telah saya lakukan adalah benar.

Ada tuduhan di lemparkan kepada saya yang saya berminat dengan Manohara atau ibu Daisy, saya ingin jelaskan kepada pembaca yang Manohara berusia 16 tahun dan saya 63 tahun saya beranggapan saya lebih layak menjadi bapa atau datuk beliau manakala ibunya pula berusia 43 tahun dan sudah tiada apa.

Saya merasa terharu kerana ramai yang mengucapkan tahniah dan ucapan terima kasih serta sokongan di atas perjuangan saya mempertemukan seorang ibu dengan
anaknya. Pada diri saya apa yang telah saya lakukan telah mampu meredakan ketegangan antara dua buah negara yang bersahabat dan membantu menjernihkan keadaan.

Terima kasih saya kepada semua para pembaca dan isyaallah selepas ini saya akan menulis pula tentang campur tangan isteri kepada suami

wassalam.

Petikan dari utusan online

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

Kenyataan Tengku Temenggong tiada kaitan dengan Sultan
KOTA BHARU 15 Jun - Sultan dan Pejabat Sultan Kelantan tidak mempunyai sebarang kaitan berhubung kenyataan-kenyataan oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan isterinya Manohara Odelia Pinot berhubung krisis perkahwinan mereka.

Pejabat Sultan Kelantan dalam satu kenyataan akhbar hari ini menegaskan, kenyataan yang mereka keluarkan itu merupakan kenyataan peribadi dalam hubungan mereka sebagai suami isteri.

''Oleh itu, tidak patut dan tidak boleh dikaitkan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan atau Pejabat Sultan Kelantan," ujar kenyataan itu.

Kenyataan yang ditandatangani oleh Pegawai Tadbir (Pentadbiran), Nik Mahmud Nik Jaffar bagi pihak Pengelola Istana Diraja Kelantan itu merujuk kepada isu perkahwinan mereka dan laporan polis yang dibuat oleh Tengku Temenggong pada 11 Jun lalu.

Tengku Temenggong membuat laporan terhadap isterinya dan ibu wanita itu, Daisy Fajarina kerana didakwa memfitnah berikutan pelbagai dakwaan termasuk kononnya bekas model itu dianiaya dan didera oleh putera sultan.

Kenyataan itu menyebut, memandangkan penyiasatan sedang berjalan, semua pihak diharap dapat menghormati dan memberi peluang kepada pihak berkuasa membuat penyiasatan secara telus dan adil.

Di samping itu, kenyataan itu mengulangi ingatan bahawa Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra atau Pejabat Sultan Kelantan tidak pernah melantik sesiapa menjadi jurucakap berhubung dengan mana-mana media.

''Sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak adalah bersifat peribadi dan menjadi tanggungjawab peribadi mereka.

''Semua pihak diharapkan tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan suasana atau membantutkan penyiasatan supaya kes ini dapat diselesaikan melalui proses undang-undang dengan adil dan saksama," ujar kenyataan itu lagi.

Pejabat Sultan Kelantan juga memaklumkan sekali lagi bahawa Tuanku Ismail Petra pada masa ini masih dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura dan meminta rakyat mendoakan baginda cepat sembuh serta kembali ke negeri ini.

28 comments:

  1. wow..
    lepas ni semua wanita2 teraniaya bolehlah menghubungi datuk kadar syah untuk mendapatkan bantuan...mana2 anak yg tidak berjumpa ibu selama 3 bulan boleh 'dilarikan' dgn bantuan datuk the hero..
    harap janganlah cuma tolong manohara saja ye..tolong jugalah wanita2 teraniaya yg lain (tapi kurang cantik berbanding mano)...hahaha..

    ReplyDelete
  2. mmg datuk ikhlas menolong ..akan tetapi sekarang cuba datuk tgk..mano skrg siap jd pelakon ..mcm menipu jer..niat datuk mmg baik..tp sharusnya hal rumah tngga kita jgn ambil tahu sgt..pas ni sy rasa baik datuk jgn campur hal mereka..ini kerana sy mula2 kesiankan manohara tu..akan tetapi skarang saya rasa masyarakat tertipu...kerna tidak mungkin die diseksa..

    ReplyDelete
  3. sorry la datok, sy x setuju dgn cara dato..
    dato mcm mana pun dato kata syurga isteri terletak di kaki suami,bukan ibu..
    dato x belajar agama ker?? kalau suami x izin isteri pergi rumah ibu, isteri kena patuh..

    datok bukannya menjernihkan keadaan tapi mengkeruhkan lagi ada la..tgk jer la pihak manohara burukkan TT mcm mana.. Padahal TT x der lngsg burukkan manohara..

    ReplyDelete
  4. sybas datuk...kini saya mengerti

    ReplyDelete
  5. Datuk,

    Mengapa media tidak menyatakan motivasi Datuk menyelamatkan Manohara?

    ReplyDelete
  6. Apa Komen Datuk mengenai Daisy/Manohara yang meminta RM2juta untuk menyelesaikan kes ini?

    ReplyDelete
  7. Tahniah Datuk. Agar semua orang lelaki mempunyai pemikiran seperti Datuk.

    ReplyDelete
  8. Undang-undang yang adil? Saksama?

    Sekarang kita nak guna undang2X mana? Indonesia or Malaysia? sivil atau syariah?

    Romeo

    ReplyDelete
  9. Niat Datuk baik tapi saya rasa niat Daisy nmpaknya cuma nak dapat glamer dan duit..

    ReplyDelete
  10. Bila seorang wanit sudh bernikah, maka dia harus mentaati suami...

    Sini, Manohara taat?

    ReplyDelete
  11. Baguslah Manohara dah belah, moneychaser tu biar lah jadi artis...

    TT pula carilah calon isteri yang elok2x.

    ReplyDelete
  12. PM mana ada keperluan nak check semua incoming guest ke Malaysia? Kalo ada access to information pun, penting ka?

    ReplyDelete
  13. Protes Indonesia? nampaknya satu diversion daripada masalah di Indonesia.

    Apapun Datuk syabas dan tahniah. Benar atau salah, tidak penting asalakan Datuk yakin dengan apa yang Datuk buat.

    ReplyDelete
  14. Datuk, jangan sebab jelit saja dibantu, JELATA yang perlu dibantu...

    ReplyDelete
  15. Manohara tak nak TT dah kot.....Bagus lah dier blah, TT cari lah calon lain, mungkin Dato Kadar boleh bantu,,,,

    kah3x

    ReplyDelete
  16. Dianiayai dan didera?

    Nasmpaknya Manohara yang aniaya TT dan Datuk..

    ReplyDelete
  17. Lepas ni Datuk juga perlu bertanggungjawab pada orang lain juga...

    Bukan pada manohara saja..ramai lagi yang tersiksa..

    ReplyDelete
  18. Perikemanusiaan? Kalo betul, Manohara terus lah pergi hospital ini nak masuk TV..

    Glamer la kot...kalo tak siapa itu Manohara...sapa tak peduli...

    ReplyDelete
  19. Sungguh pelik kes ini, Manohara gila masuk TV di Indonesia....apa kebendanya?

    ReplyDelete
  20. Tahniah Datuk...buatlah hotline untuk isteri teraniaya...satu di malaysia dan satu di indonesia.

    ReplyDelete
  21. Lepas ni, Datuk pergi selamatkan hutan kat Sarawak, ok?

    ReplyDelete
  22. Apa pendapat Datuk mengenai jambatan ketiga?

    ReplyDelete
  23. Lepas ni Datuk kena selamatkan suami yang dikontrol oleh bini (ie RM)...

    Boleh?

    ReplyDelete
  24. Datuk kata ada anak perempuan ya, jadi sebelum dinikahkan anak Datuk, takkah Datuk menanya tentang latar belakang famili bakal menantu?

    Justeru, apa tidak mungkinkah yang TT telah
    mengetahui tentang bakal ibu mertuanya siDaisy?

    Kalau TT telah mengatakan yang dia tidak mahu isteri remajanya itu diracuni fikirannya oleh ibu mertuanya, tidakkah anda terfikir sejenak kenapa TT menggunakan perkataan "racun"?

    Kenapa tidak melaporkan TT kepada polisi Malaysia, tapi bersekongkong melarikan isteri TT?

    Kenapa create a mess?
    Bukankah lebih senang menghukum yang bersalah kalau pada awalnya sudah Datuk membuat laporang polisi? Lihat sekarang betapa susahnya hendak menyuruh Manohara supaya datang keMalaysia untuk membuat laporang polisi?

    ReplyDelete
  25. Ass.wr.wb.,datuk..sy fans anda dr indo,terharu dan bangga dgn yg anda lakukan,semoga anda diberkahi atas amalan anda dan tdk jera untuk slalu menolong tampa melihat suku,bahasa,bangsa,agama..ini mslh kemanusian,yg sdh di provokasi orng" tdk bertanggung jawab. Mudah"an datuk juga bisa membantu agar case mano-fakhri dpt di selesaikan secara kekeluargaan. Hati bole panas tapi otak harus tetap dingin,.betul kan datuk!?!

    ReplyDelete
  26. orang tua perasan baguih. bongok punya orang tua. pi la mapuih cepat2.

    ReplyDelete
  27. bkn cantik sgt mano tu muka mcm x mandi jer...wakakkakak

    ReplyDelete
  28. kalu melibatkan isu dua negara datuk kena hati2..
    mcm sekarang nie menggambarkan bahawa keseluruhan kesalahan itu dibawah bahu TT..sebelum membantu perlu membuat perkiraan keadaan..faktor seperti isu ini boleh menjejaskan hubungan malaysia indonesia..
    lihatlah Datuk,,lepas MANOHARA pulang ke indonesia..isu ini telah menjadi modal media-media massa Indonesia menghentam TT khususnya dan Malaysia amnya..walaupun belum tahu siapa yang bersalah..namun kata orang 'Damage Is Done' datuk...

    ReplyDelete