Tuesday, March 3, 2009

Mohon injuksi halang Perhimpunan Agung Umno 24 Mac ini

UALA LUMPUR, 3 Mac (Hrkh) - Dua ahli Umno bersedia untuk memohon injunksi daripada mahkamah bagi menghalang perhimpunan itu jika saranan untuk menanti hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap amalan politik wang dalam parti itu selesai, tidak diendahkan.

Menurut laporan bekas exco pemuda, Dato’ Mazlan Haron dan perwakilan Umno Muar, Dato’ Kadar Sulaiman menggesa Umno menangguhkan perhimpunan agung dan pemilihan hujung bulan ini sehingga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu selesai.

Mereka dilaporkan bersedia memohon injunksi daripada mahkamah bagi menghalang perhimpunan itu jika saranan itu diabaikan oleh parti namun tidak menyatakan bila tindakan undang-undang itu akan diambil.

Mengulas aduan mereka terhadap dakwaan salah guna kuasa Perdana Menteri dan Timbalannya kepada SPRM tahun lepas, mereka berkata suruhanjaya itu tidak pernah memanggil mereka “walaupun sekali” untuk memberikan keterangan.

Kedua-duanya mempertikaikan kenyataan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dilaporkan menyebut siasatan salah laku dan politik wang dalam Umno telah ditutup

http://www.harakahdaily.net
Umno digesa tangguh pemilihan, selesai kes rasuah politik

PETALING JAYA: Dua ahli Umno hari ini menggesa supaya perhimpunan agung parti itu ditunda supaya kes-kes rasuah politik dalam parti dapat diselesaikan.

Ketua Cawangan Umno Muar, Datuk Kadar Ninam Shah dan ahli Umno Subang, Datuk Mazlan Harun bersedia mendapatkan injuksi mahkamah sekiranya semua kes politik wang gagal diselesaikan sebelum perhimpunan agung yang akan berlangsung hujung Mac ini.

Mazlan berkata, mereka sedia berhadapan dengan tindakan tata tertib daripada parti berikutan tindakan mereka itu.

“Kita menggesa supaya Perhimpunan Agung Umno ditangguh supaya tindakan dapat diambil untuk menyelesaikan laporan yang dikemukakan berhubung politik wang sama ada kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) atau pun kepada Lembaga Disiplin,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Perhimpunan Agung Umno dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 28 Mac ini.

http://www1.mstar.com.my

2 comments:

  1. Dato,

    Pada pandangan saya, mereka yang dituduh mempunyai minat besar dalam mengerjakan rasuah atau telah merasa rasuah,mereka ini tidak akan berpanjangan didalam kehidupan didalam dunia politik mengikut keadan semasa.

    Yang menjadi cerita panjang adalah perjuangan kaum Melayu akan terbantuk dengan tindakan oleh dua orang ahli UMNO. Kita ada 25 juta orang di Malaysia ini.

    Saya sebagai ahli UMNO (nombor boleh disms) menentang tindakan Dato untuk membuat proposal seperti ini yang mana seperti ingin menahan mereka yang baik baik dari mendapat mandat menjalankan tugas masing masing. 63% daripada penduduk Malaysia adalah bumiputra iaitu lebih kurang 15 juta.

    Come on Dato, 15 juta lawan 2 orang, macam ini tak achi Dato, kerana Dato nak menang je.

    Niat baik tidak semestinya hasil nya baik Dato. Tengok bila hujan lebat kambing dimasukkan dalam kandang, dah berminggu kawan tu makan. Lepas hujan rumput naik menegak, lalu dilepaskan kambing makan. Niat baik dato, tetapi kambing mati sakit perut Dato.

    ReplyDelete
  2. Dato,

    saya nak tengok Dato akan teruskan dengan injuksi atau tidak... Saya yakin Datuk tidak berani, hanya mengacau daun sahaja.

    ReplyDelete