Thursday, March 12, 2009
Kenapa saya dan Datuk Mazlan bercadang untuk mendapat injunksi terhadap UMNO.
1. Apa yang telah saya lakukan bersama Dato Mazlan Harun semasa sidang media yang lalu Bukan bertujuan untuk mengancam atau mengugut atau juga menghalang mereka-mereka yang ingin bertanding dan yang bakal di pilih dalam pemilihan akan datang.
2.Tujuan utama saya adalah supaya Majlis Disiplin Parti Dan SPRM menyiasat mereka-mereka yang bertanding untuk jawatan tertinggi parti seperti Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib presiden, Ahli Majlis Tertinggi Ketua Pemuda Dan ketua Wanita.Tujuan saya mendesak supaya siasatan di jalankan secara telus dan segera adalah kerana mereka-mereka iniadalah bakal tunggak kepada parti dan bakal menjadi tulang belakang kepada parti.
3. Sekiranya mereka-mereka ini terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam parti ini akan mendatangkan imej yang cukup buruk kepada parti. Bukan maksud saya yang siasatan-siasatan keatas mereka-mereka yang berada di peringkat bawahan perlu di abaikan tetapi tumpuan harus di berikan kepada mereka yang bertanding di peringkat tertinggi Parti kerana sekiranya di dapati bersalah ini akan menconteng arang kepada parti.
4. Cuba kita bayangkan sekiranya mereka-mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan politik wang ini menerajui parti satu masa nanti?.Pasti tidak akan ada apa-apa perubahan kepada keadaan parti yang semakin nazak ini.
5.Kita seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada ahli UMNO ,rakyat, pembangkang dan Negara-negara jiran kerana semua mata bakal tertumpu pada Persidangan Agong Umno yang bakal berlangsung.
6. Saya dan Dato Mazlan Harun tidak berniat untuk menghalang Persidangan Agong Umno dari di teruskan, Tetapi saya mengetahui bahawa adanya mereka-merka di dalam UMNO yang menyokong dan bersimpati dengan PAS,KEADILAN, DAP yang akan cuba untuk memastikan Persidangan Agong UMNO yang bakal di langsungkan tidak sah dan terbatal.Mereka-mereka ini juga berusaha untuk memastikan UMNO di haramkan seperti apa yang berlaku pada tahun 1987.
7. Mereka-mereka ini mempunyai bukti wujudnya salahguna kuasa dan rasuah yang mana bukti-bukti ini juga telah di serahkan kepada mahkamah. Dan Majlis Disiplin Parti dan SPRM sehingga kini masih gagal menjalankan sisatan dengan telus, ini secara tidak langsung akan membuka peluang kepada pihak-pihak yang cuba mengharamkan UMNO untuk menggunakan segala bukti-bukti yang ada untuk kepentingan mereka.
8. Apa yang saya dan Dato Mazlan cuba lakukan harus di lihat sebagai satu usaha untuk menyelamatkan UMNO.. Situasi semasa jelas memperlihatkan siasatan dan tindakan yang diambil bukan kepada mereka-mereka yang berjawatan penting dalam parti atau mereka-merka yang bertanding jawatan penting dalam parti.Hanya mereka-mereka yang tidak bertanding diambil tindakan.
9.Saya amat mengharapkan SPRM yang baru di tubuhkan serta di war war kan bakal membawa perubahan dalam usaha untuk menangani rasuah dapat menjalan tugas mereka dengan penuh kredibiliti dan beringriti.Wjud persolan di fikiran saya sudahkah merka-mereka yang di lantik menganggotai di siasat? Siapa pula yang bertanggungjawab melantik mereka? Pepatah inggeris ada menyatakan A pot is calling a kettle black, Kerana saya tahu siapa mereka itu.
10. Siasatan penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam pemilihan parti merupakan satu ujian kepada SPRM DAN Majlis disiplin Parti kerana mata rakyat tertumpu kepada mereka. Bukan sahaja SPRM dan Majlis disiplin parti harus beringat Hakim-hakim yang bakal mengadili kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa ini juga perlu berintegriti dan tidak menyebelahi mana-mana pihak supaya proses keadilan dapat di jalankan dengan sempurna.Mereka-mereka ini perlu menjalankan tugas dengan adil dan saksama demi mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan.
Saya tidak yakin SPRM dan Majlis Disiplin UMNO akan meyelesaikan semua kes - kes penyalahgunaan kuasa dan politik wang. Kenyataan saya adalah senada dengan kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir.
Sila rujuk kenyataan Tun Dr Mahathir yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian pada 11 Mac 2009.
" Politik Wang: Dr M yakin tiada siapa akhirnya didapati bersalah "
Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin tiada siapa individu dalam UMNO yang dikatakan terlibat dalam politik wang akan didapati bersalah kerana setakat ini masih tiada siasatan yang dijalankan.
Katanya, ketika mesyuarat UMNO bahagian diadakan untuk mencalon Majlis Tertinggi UMNo, Pengerusi Lebaga Disiplin, Tengku Ahmad Rithaudeen memberitahu telah menerima lebih 900 aduan berkenaan rasuah dalam pencalonan.
Menurut beliau, orang ramai tertunggu-tunggu untuk mendengar tentang siasatan dan tindakan yang diambil terhadap mereka yang terlibat kernana mesyuarat agung yang akan memilih ahli-ahli tertinggi Majlis Tertinggi akan diadakan tidak lama lagi.
"Tetapi tidak ada apa -apa pun kedengaran berkenaan 900 aduan tersebut. Apakah semua 900 aduan ini sudah didapati tidak berasas dan tidak ada salahlaku oleh sesiapa? Adakah pemilihan calon Majlis Tertinggi bersih seperti kain putih?" kata beliau dipetik dalam blognya.
Menurut beliau,sekarang terdengar pula tentang sogokan kepada perwakilan yang akan hadir pada mesyuarat agung yang akan undi dan tentukan siapa yang akan pegang jawatan apa di dalam parti dengan memberi sogokan sehingga ratusan ribu ringgit.
"Benarkah? Takkanlah semua cerita yang didengar tidak berasas? Wakil - wakil boleh disogok dan mereka boleh beri kemenangan kepada orang yang sogok mereka. Tetapi ingat, rakyat sedang memerhati tingkahlaku UMNO dan pemilihan yang bakal dilakukan" katanya.
Dr Mahathir berkata, jika pada March 2008 ramai rakyat termausk juga ahli-ahli UMNO yang kecewa telah undi parti lawan. Jika mereka lihat UMNO sudah diambil alih oleh perasuahm dalam pilihanraya umum ke13 mereka ini akan sekali lagi undi parti lawan.
"Ingatlah undi ahli-ahli UMNO atau Barisan Nasional (BN) sahaja tidak mencukupi. Undi orang yang bukan ahli, walaupun sedikit bolrh menentukan siapa menang dan siapa kalah. Kali ini perwakilan terima wang sogokan.
"Tetapi apabila UMNO dan BN kalah, tidak jadi kerajaan, bukan sahaja tidak ada lagi peluang tetapi apa yang ada pada perwakilan pun akan tercicir" katanya.
11. Berbalik kepada ISU umno dimana ada pihak yang mahukan supaya saya DAN Dato Mazlan Harun di pecat dan di usir dari UMNO sekiranya saya dan Dato Mazlan berhasrat untuk meneruskan tindakan mengambil injuksi mahkamah, seperti yang di katakan oleh YAB presiden UMNO .Ingin saya nyatakan di sini Tun Dr Mahathir sendiri mengatakan yang UMNO ini korup dan tidak lagi relevan.Apa guna saya dan Dato Mazlan terus berada dalam UMNO sekiranya UMNO tidak boleh di tegur .
12. Saya dan Dato Mazlan sendiri akan keluar dari UMNO tanpa perlu di usir, Seolah-olah sudah tiada lagi Parti lain untuk saya dan rakan-rakan saya berjuang.
13. Saya memohon semua pihak agar mengambil berat pandangan dan saranan saya secara serius, kerana di saat ini UMNO telah kehilangan lima buah negeri cuba renungkan secara mendalam apa yang akan berlaku pada pilihanraya yang akan datang sekiranya keadaan umno masih tidak berubah.
14. Harus di ingat kuasa rakyat kuasa keramat, rakyat yang bakal menentukan siapa yang bakal berkuasa.Hampir separuh dari ahli Umno sendiri sudah hilang kepercayaan kepada parti. Apa yang saya lakukan adalah kerana tidak mahu anak-anak saya menyalahkan saya sekiranya umno dan orang melayu hilang kuasa satu ketika nanti.
Sacara jujur saya terlalu sedih mengapa mereka-mereka yang berjawatan tinggi dalam UMNO bermimpi setiap masa.Mereka tidak langsung memikirkan kepentingan rakyat, hanya memikirkan kepentingan peribadi semata-mata.Perjuangan mereka bukan lagi un tuk melayu dan rakyat yang jelas semuanya perjuangan peribadi.
15. Apa sebenrnya sumbangan mereka-mereka ini kepada rakyat? Kegagalan jelas di lihat dalam system pendidikan, ekonomi,budaya, perpaduan masih gagal di terapkan di kalangan semua bangsa, isu perkauman masih berleluasa. Kerajaan masih gagal membendung kemiskinan. Hanya kegalan yang dapat di lihat dengan jelas. Ini semua jelas berlaku kerana mereka-mereka yang menerajui parti masih beranggapan yang UMNO adalah milik peribadi.Semuanya berkisar tentang kepentingan peribadi.
16. Pada pandangan saya sudah tibalah masanya untuk kita memikirkan satu alternative untuk menubuhkan parti yang boleh memelihara dan menjaga kepentingan orang melayu.Saya sedar untuk memulakan satu perjuangan baru bukan sesuatu yang mudah, akan tetapi ia adalah lebih baik dari terus bergantung dengan UMNO.
17. Saya ingin tegaskan ini adalah pandangan peribadi saya, saya pohon para pembaca memberikan cadangan dan pandangan kepada saya bagaimana cara lagi untuk kita menyelamatkan orang melayu tanpa lagi perlu bargantung kepada Umno. Saya ingin tegaskan juga tiada siapa yang boleh menghalang saya dari terus berjuang, tiada siapa yang boleh menghalang saya dari terus bersuara untuk memperjuangkan bangsa saya.
18. Pecat dan usir lah saya dari umno kalau apa yang saya perkatakan tidak benar.Janji saya perjuangan memartabatkan bangsa melayu akan terus menjadi teras perjuangan saya.Saya akan terus menulis melainkan blog ini juga di haramkan. Saya pohon pandangan semua pihak berkaitan perkara ini. Sekian terima kasih.
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Anda menambahkan dose kepeningan terhadap kami marhien yang memang tengah peninggggggg
ReplyDeleteSyabas datuk, berani kerana benar, teruskan perjuangan yang belum selesai. Saya difahamkan anggota2 SPRM berkeliaran melakukan surveliance dan risikan, tetapi sehingga kini tiada dilihat satu pun kes frofile tinggi yg diketengahkan. Ianya lebih dilihat hanya mereka2 yg terpilih shj yg kena, sedangkan tiada siapa yg boleh menafikan calon2 dari jawatan presiden hingga ke exco sayap parti berlumba2 menabur wang dan janji. Jangan kita lupa doa org yang teraniya.
ReplyDeletedato apa yang perlu kita lakukan adalah menubuhkan parti baru namakan parti bersatu melayu malaysia. itu sahaja cara untuk selamatkan melayu. org umno kena fikir sampai masa nya bangsa di utamakan, bukan lagi parti. umno jelas tak mampu lagi membela nasib melayu. pohon dato saya setuju sangat dengan article dato. dalam article dato mengatakan ``untuk memulakan satu perjuangan baru bukan sesuatu yang mudah, akan tetapi ia adalah lebih baik dari terus bergantung dengan UMNO`` ini hakikat dato. teruskan berjuang dato.
ReplyDeletegood article dato kadar. teruskan menulis. percayalah ramai yang berkongsi aliran pemikiran yang sama dengan dato.
ReplyDelete